Isnin, 22 April 2013

MENGEKSPERIMEN.....JADI KE?

INI DUNIAKU.....

Assalamualaikum & selamat petang buat rakan2 yg sudi berkunjung ke blog saya...

lama sungguh rasanya saya tidak 'membebel' di blog kesayangan ini.
maklumlah sentiasa sibuk dengan tugas sebagai guru & pelajar PPG yg sibuk memanjang... 

hari ini, saya ingin kongsikan dengan rakan2 berkenaan pengalaman saya menjalankan aktiviti mengeksperimen pada hari ini. murid daripada 3 kelas terlibat dalam aktiviti PdP ini.

biasalah bila kata eksperimen, murid2 semua melonjak gembira...mereka teruja & tak sabar nak buat eksperimen. saya pula memang tegas dgn peraturan di makmal sbb tak mahu mereka sukar dikawal..macam2 gelagat ada...yg pening kepala, yg berkerut dahi...mcm2 lah...ye lah...ini lah kali pertama saya minta mereka buat sendiri eksperimen itu tanpa bimbingan pada mulanya. cuma saya jelaskan tentang apa peralatan dan tujuan penyiasatan...

hasilnya, murid dapat menjalankan aktiviti mengeksperimen cuma, mereka perlu dibimbing untuk mendapatkan jawapan...bila ditanya apa yang akan terjadi pada kacang hijau selepas lima hari, ada murid yang menjawab hidup subur. hi hi...sedangkan jawapannya pucuk tumbuhan akan menghala ke arah cahaya matahari..nampaknya mereka perlu sentiasa diberi aktiviti untuk membantu mereka belajar membentuk hipotesis. 

keputusan akan saya post kan di blog ini selepas seminggu...kita lihat mana eksperimen yang menjadi & mana yang tidak..yg pentingnya murid happy & mood mereka pun lain mcm ceria hari ini.. agak2 berjaya tak PdP saya pada hari ini?.....mungkin ye dan mungkin tidak..mari cuci mata dengan gambar2 murid saya yg agak ceria...dan juga takut2 utk bergambar ini 

murid memasukkan kacang hijau ke dalam cawan kertas yang telah ada kapas lembap

bangga sungguh adik 'W' dengan hasil eksperimennya

sengih sampai nampak gigi...bangga betul mereka

siap rujuk buku teks tu...maklumlah selalu diberi penerangan...tapi hari ini perlu buat sendiri...ya la..kena uji hipotesis mereka sendiri

bangganya adik 'S' menunjukkan 2 hasil kerja mereka..aik...bukan setiap kumpulan buat satu sahaja ke? extra work...good job...

hasil eksperimen murid....selepas seminggu, pemerhatian akan direkodkan






0 comments:

Catat Ulasan

UTK LEBIH MENGENALI ANDA...TINGGALKAN COMMENT ATAU LINK ANDA.T. KASIH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More