Khamis, 6 November 2014

ASAM PEDAS CLAYPOT SEDAP

Pernah pergi ke Restoran Anjung Bikers Putra Corner?


Ini dia....Restoran Anjung Bikers...popular di kalangan bikers-bikers. Restoran ini terletak di Sunway Batu Caves, Selangor. Restoran ini dari segi dekorasi amat menarik. Makanan di sini juga sedap. Restoran ini telah diasaskan dari 1990-an lagi. Restoran ini terkenal dengan char kuey tiau. TETAPI saya telah mencuba keenakan asam pedas claypot di restoran ini...PERGH.....SEDAP. Saya telah mencuba asam pedas daging..HARGA= RM 7 sahaja...
Maaf...gambar agak kelam sebab lampu dimalapkan. Ala-ala romantik gitu. 
Daging masak merah yang sedap...selalunya susah nak cari yang sedap mengikut selera saya..he he....

JOM Kita lihat dekorasi menarik restoran ini >>>>>



Menu-menu lain yang ada di restoran anjung bikers

Nampak tak botol berisi cecair putih tu? Ingatkan cuka...RUPA-RUPANYA air mineral....FREE sahaja..JANGAN risau....SELAMAT


Nama pun Anjung Bikers...MESTI lah ada superbike

Rabu, 5 November 2014

MEE UDANG D' TANJUNG

Tekak teringin nak makan mee udang?..Nak makan di Pulau Pinang jauh sangat....Tak perlu pergi ke Pulau Pinang...di Sunway Batu Caves ada...mee yang kaw dan sedap. Sesedap mee udang di negeri-negeri sebelah utara. Kunjungi sahaja Restoran Mee Udang D' Tanjung.
Nampak menyelerakan bukan?...Nak yang biasa ada...yang special pun ada. Pilih sahaja yang mana berkenan. Tepuk dada tanya selera..Harga semangkuk mee udang biasa rm 9.00 sahaja...Selain mee udang, terdapat juga set bawal goreng...Apa tu?...INI DIA....
Set bawal goreng ala penang...ada nasi putih, semangkuk kuah kari yang SEDAP, bawal goreng, telur goreng yang diletak di atas ikan, timun, salad, sambal kicap dan sambal special D' Tanjung diperah limau kasturi....Pergh....SEDAP...Harga? Cuma rm 7.50...MEMANG BERBALOI...

Ini apa pula?...Daging masak merah yang telah dimakan oleh en. Suami...SEDAP sangat....selain makanan di sini, saya SUKA lenchikang...TERBAIK dari D' Tanjung...

OK....jamu mata pula dengan dekorasi dinding Restoran Mee Udang D' Tanjung...

Selasa, 4 November 2014

PISANG CHEESE...NYUM NYUM

Pernah makan pisang cheese yang sedap???. Saya makan pisang cheese buat pertama kali semalam. Wah...sedap rupanya pisang cheese...keenakan pisang goreng dilapisi cheese, Milo dan susu...Mesti ada yg kata...tak muak ke?...MEMANG TAK MUAK..cheese, Milo dan susu pada kuantiti yang berpatutan...Tidak terliur melihat ini >>>


SEDAP PISANG CHEESE NI.....

Nak tahu di mana lokasinya?... FASA 6, Taman        Seri Gombak, Batu Caves, Selangor. Gerai terletak di seberang Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak. HARGANYA=RM 5.00 satu bungkus...MEMANG RAMAI yang membeli di gerai ini. sanggup pelanggan beratur panjang. LIHAT SAHAJA SENDIRI >>>
RAMAI kan yang beratur???.. Ini baru separuh..kat belakang ada lagi. kesemua pelanggan ada 11 orang termasuk en. suami. Selepas selesai en. Suami membeli...ada lagi pelanggan lain yang baru beratur....

APA LAGI?? JOM SERBU....




Ahad, 2 November 2014

SUP CENDAWAN SEDAP

Sebelum ini saya sudah maklumkan lawatan sekolah ke Cameron Highlands. Hari ini saya nak recommend sup cendawan yg sedap di Cameron Highlands. Lokasi terletak di gerai Pak Ngah Tomyam, Medan Selera Brinchang. Medan selera ini terletak di seberang KFC dan Jasmine Hotel di Brinchang..Rasa masam, masin dan pedas semuanya cukup...pendek kata MEMANG TERBAIK...

Sabtu, 1 November 2014

CUTI-CUTI CAMERON HIGHLANDS

INI DUNIAku. ....

Seronok bercameron di Cameron highlands...setelah berhempas pulas dgn keje menimbun di sekolah.hakikatnya menghadap kerja lagi balik Dari Cameron.he he..

Suggestion Kali ini....


Sewa1 malam=rm88...utk hari biasa....bukan rate cuti sekolah ye...kami bergembira di sini. Jom lihat gambar-gambar kami di sana>
>

  




Selamat tinggal cameron highlands....tahun depan saya dtg lagi


Selasa, 27 Mei 2014

CUTI SEKOLAH TELAH BERMULA

INI DUNIAKU.....

Sudah hampir setahun saya tidak update di blog ini.....
Cuti sekolah pun Bermula...nantikan update terkini...

Khamis, 17 Oktober 2013

ASSIGNMENT SCE 3107

INI DUNIAKU.....


Rabu, 19 Jun 2013

MINDA BERSEDIALAH UNTUK BERKURSUS

INI DUNIAKU.....

Nampak gayanya hari ini saya akan berkursus....seronok....tak sabar untuk tahu tentang kssr sejarah...NAK TAHU LEBIH LANJUT? >>>> insyaallah saya akan update di blog ini kemudian berkenaan kssr sejarah....STAY TUNED

Ahad, 16 Jun 2013

REVIEW FISKE STEAKHOUSE, TAMAN KERAMAT

INI DUNIAKU.....

Setelah beberapa hari tidak mengarang ayat di blog ini, hati berasa rindu.....Oleh itu, hari ini saya kuatkan semangat untuk mengarang sebaris dua ayat walaupun kerja sekolah bertimbun-timbun....Maklumlah nak Hari Terbuka minggu hadapan...Kena buat Buku Adab Belajar...Hi hi hi.....pUAS saya mencari gambar yang sempat diambil ketika selalu makan di Fiske Steakhouse...Cari punya cari, rupanya ada di dalam handphone saya...Beria-ia cari dalam kamera tadi...

Kepada pembaca-pembaca blog yang memang hobinya mencari tempat makan yang sedap seperti saya, anda bolehlah mencuba kesedapan stik di Fiske Steakhouse. Fiske Steakhouse ini terletak di Medan Selera AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur...Untuk menyenangkan pencarian anda, saya beri 'landmark' restoran ini >>>> Restoran ini terletak bertentangan dengan kilang Pernec di Taman Keramat dan berhampiran dengan AEON AU2.....Anda bolehlah dapatkan arah ke Fiske Steakhouse melalui GOOGLEMAPS ini....

Restoran ini merupakan tempat makan stik kegemaran kami selain ME'NATE STEAKHOUSE, AMPANG....Kunjungan pertama kali kami bermula dengan saranan Cikgu Khad yang pernah makan di situ....Restoran ini dibuka setiap hari KECUALI Isnin bermula dari jam 6 petang...Kenapa kami tahu restoran ini ditutup pada hari Isnin? SEBABNYA kami pernah ke restoran itu pada hari Isnin tetapi malangnya restoran ini ditutup...Kasihan kami....Kih...kih..kih...

KENAPA ANDA PERLU MAKAN DI FISKE STEAKHOUSE?

>>>> Harganya berpatutan...Set Stik + Coleslaw + Spaghetti Carbonara 
+ Baked Potato hanya RM 16++

>>>> Mushroom soup dan garlic bread yang sedap (pekat mushroom soup di sini)

>>>> Layanan mesra daripada pelayan restoran yang cepat dan cekap

>>>> Air buah yang sedap dan banyak (gelas besar)

>>>> Terdapat pelbagai variasi makanan yang boleh dipilih seperti set asam pedas, sate, stew kambing, chicken chop & lamb chop

TETAPI, AWAS JIKA ANDA PERGI KE SANA PUKUL 9 KE ATAS, ANDA PASTI TIDAK DAPAT MERASA KEENAKAN MAKANAN DI SINI >>> FULLHOUSE....TIADA TEMPAT DUDUK KOSONG

Baiklah, mari kita lihat gambar-gambar yang sempat diambil ketika kami makan di Fiske Steakhouse >>>

Papan Tanda Fiske Steakhouse

Hidangan Mix Grill....Stik + Lamb Chop + Chicken Chop + Salad + Baked Beans

Hidangan yang menyelerakan ^___^

Mushroom Soup yang pekat dan sedap....ditambah dengan kesedapan Garlic Bread dan jus buah...MEMANG UMPHH :)

Apa tunggu lagi, AYUH kita makan di Fiske Steakhouse, AU2, Taman Keramat

Khamis, 13 Jun 2013

REVIEW FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS, SUNGKAI

INI DUNIAKU.....

Setelah kami bermalam di Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands, kami meneruskan percutian ke Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak....Dari Cameron Highlands, kami menggunakan laluan Tapah untuk ke Sungkai....Anda boleh rujuk Google maps untuk mendapatkan arah bagi ke Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak....

Sebenarnya, tidak terlintas pun untuk bermalam di Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak...Kami ke sana untuk 'survey' tempat percutian keluarga hujung tahun ini...Saya sengaja bertanya di kaunter dan kami bernasib baik kerana ada bilik kosong...Menurut adik di kaunter hotel itu, nasib kami baik kerana selalunya bilik di hotel itu FULL HOUSE....Oleh itu, jika anda berhajat hendak ke sini, SILA BUAT TEMPAHAN AWAL...Boleh KLIK Felda Residence Hot Springs, Sungkai untuk tempahan bilik...

Bayaran untuk penginapan kami >>> RM 220.00....Pakej termasuk sewa bilik, sarapan & 'wristband' ke kolam air panas. Harga berbeza-beza mengikut musim...samada hari biasa, hari minggu dan hari puncak (cuti sekolah)....Susunan bilik teratur dengan keluasan yang memuaskan hati kami....Disediakan juga peti ais, almari, kemudahan menggosok, almari yang agak besar, set untuk minum kopi, almari solek, tv dengan siaran Astro, tab mandi, kerusi untuk berehat....CUMA tiada kemudahan akses internet di bilik seperti Hotel De' La Ferns...

Keseluruhannya, kami suami isteri berpuas hati dengan suasana mendamaikan, layanan dan kemudahan yang disediakan...CUMA tidak berpuas hati apabila kemudahan telefon di bilik tidak berfungsi dan tiada pekerja yang datang membaikinya sehingga kami 'checkout'... .Malangnya, setiap kali ingin bertanyakan servis, kami menggunakan telefon kami sendiri untuk menghubungi operator hotel.

Namun begitu, makanan yang disediakan untuk sarapan sedap dan pelbagai....Jika tidak mahu makan malam di Meranti Coffee House, anda boleh ke warung yang terletak di luar kawasan hotel atau memandu terus ke warung D' Lereng Bukit...Makanan di situ sangat sedap dan TERBAIK...

JOM lihat gambar yang sempat diambil ketika berada di sana >>>>

Bilik hotel kami..Deluxe room dengan 1 king bed

Boleh rehat-rehat di sini sambil menikmati pemandangan mendamaikan

Luaskan bilik kami????.kemudahan tv dan meja solek yang praktikal

Almari pakaian di bilik kami


Besar betul cermin...Bolehlah bergaya ^___^

Set minum kopi yang disediakan

Bilik mandi dilengkapi tab mandi

Kemudahan bilik air yang selesa


Sinki dilengkapi set mandian dan losyen

Nampak keluasan bilik walaupun dari dalam bilik air

Tadi kita lihat gambar-gambar di bilik hotel Felda Residence Hot Springs, Sungkai....Ok sekarang kita lihat pula gambar-gambar di sekitar hotel dan kolam air panas >>>>>

Hidangan sarapan saya....sedap....

Suasana di Meranti Coffee House yang mendamaikan....banyak ikan tu...


Pemandangan luar bilik hotel kami menginap

Air panas bersuhu 100 darjah celcius

Huh bahaya.....Suhu 100 darjah celcius tu....

Aliran air di bawah laluan pejalan kaki

Villa yang menggoda kami untuk menginap hujung tahun ini...Insyaallah

Gelongsor air yang pasti disukai kanak-kanak

Laluan untuk ke gelongsor....MESTI lalu di sini untuk ke gelongsor

Kolam merebus telur...Telur boleh dibeli dengan harga serendah RM 5.00

Nampaknya, Cik Laili telah berjaya menggoda kami untuk cuba menginap di Felda Residence Hot Springs, Sungkai....Tempat ini memang TERBAIK untuk lari dari kesibukan kota dan mencari ketenangan jiwa. TQVM Cik Laili atas entri Percutian di Felda Residence Hot Springs yang mengujakan kami


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More