Ahad, 28 April 2013

SABA RESTAURANT, DATARAN JELATEK REVIEW

INI DUNIAKU.....

Walaupun dalam keadaan selsema en. suami mengajak saya makan di Saba Restaurant...Restoran kegemaran kami terutamanya bila hari gaji tiba.. hi hi hi..

Restoran ini terletak di seberang LRT Setiawangsa. sangat mudah untuk dikesan lokasinya... jika nampak Dataran Jelatek maka anda sampai ke tempat yang sepatutnya..cuma perlu buat pusingan u jika anda dari arah Wangsa Maju...

Restoran ini menghidangkan makanan Timur Tengah..Makanan kegemaran kami di sini adalah Mandi Lamb, Mandi Chicken, Chicken Akdah yang dihidangkan bersama-sama roti dan puding karamel...kami juga suka puding beras (rice pudding) tapi tidak dihidangkan semalam...agaknya sudah tiada lagi dalam menu.

Jika tidak silap, restoran ini dibuka dari pukul 5 petang hingga 11 malam...anda boleh buat tempahan meja di 03-42512592..Sebelum ini, servis di restoran ini agak perlahan namun, sejak menggunakan 'call button' servis restoran ini sangat cepat. Pekerja pun sudah semakin ramai. Namun begitu, biasanya makanan akan sampai dahulu sebelum air.

Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat saya 'snap' semalam di Saba Restaurant..

Papan tanda Saba Restaurant (dalam restoran)

Pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat atas restoran

Cili dan kuah yang boleh diambil sendiri (self service)

Puding karamel yang digemari en. suami

Mandi Lamb yang juga digemari en. suami

Tekun en. suami makan Mandi Lamb

Chicken Akdah yang digemari saya

CERITA PESTA BUKU ANTARABANGSA 2013

INI DUNIAKU.....

Ketika sedang bertarung dengan penyakit selsema saya gagahkan juga menulis dalam blog kesayangan ini. he he...maklumlah bila dah lambat-lambat penyakit malas akan datang...dan akhirnya entri ini takkan saya update sampai bila-bila....:-)

Baiklah...walaupun masing-masing tidak sihat hari ini, namun saya dan en. suami mengagahkan diri pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Pesta buku ini berlangsung dari 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013...Walaupun masa masih panjang sebelum pesta ini berakhir, namun kami pergi hari ini juga. Selepas ini saya akan sibuk menatap buku pula...he he...musim peperiksaan PPG akan tiba...

Sebenarnya, kami tidak pernah melepaskan peluang untuk ke pesta buku ini setiap tahun...bukan pesta buku sahaja...apa sahaja 'fair' di PWTC biasanya kami akan menghadirkan diri...hi hi...

Pada tahun ini, en. suami agak kecewa kerana dia merasakan tidak banyak 'booth' yang dibuka seperti tahun-tahun lepas...saya pun fikir begitu...Namun kekecewaan kami terubat sedikit dengan kehadiran Chef Iskandar di 'booth' In-Team Publishing...saya kata pada en. suami, orangnya lebih hensem di luar berbanding di TV....en. suami saya tersenyum sahaja. cemburu ke? hi hi hi...

Perkara yang paling menggembirakan saya apabila menonton secara langsung wawancara sofa putih ITBM.. hosnya Syed Munawwar...orangnya memang berpengetahuan luas dan menyampaikan bicara dengan bahasa yang teratur..memang rezeki saya dapat melihat rancangan itu di depan mata...agak-agaknya sudah ditayang di RTM...barangkali...

Baiklah....saya rasa saya sudah banyak menggunakan ayat-ayat skematik..hi hi..JOM lihat gambar-gambar yang sempat saya abadikan di pesta buku itu....

Wawancara Sofa Putih ITBM 28 April 2013

Syed Munawwar bersama-sama ahli panel (penyair tanahair)

Koleksi komik lama di 'booth' ITBM

Koleksi komik lama di 'booth' ITBM

Buku yang paling saya gemari (memang berbaloi membelinya)

Buku-buku yang saya beli di pesta buku itu 
(percaya atau tidak semuanya bernilai tidak lebih 
daripada RM150.00- memang berbaloi-baloi :)


MENGEKPERIMEN...JADI KE? PART 2

INI DUNIAKU.....

Maaf saya  lambat update keputusan eksperimen murid-murid saya...maklumlah sibuk dengan rutin sekolah dan rutin harian melayan suami yang tak kebah-kebah demam...ada tips untuk dikongsi bagaimana nak pulihkan demam yang berterusan? kalau ada, kongsilah dengan saya...

Setelah seminggu, murid-murid saya telah memperoleh keputusan eksperimen mereka...macam-macam riak muka yang ada...ada yang rasa kecewa...ada yang rasa gembira...murid kecewa sebab eksperimen mereka tidak menjadi....rasa macam nak tergelak pun ada...tapi saya tahan sahaja..ye lah tumbuhan mereka tidak disiram air, mana boleh tumbuh subur...nampaknya mereka dah dapat pengajaran daripada perkara ini. apabila murid mengekperimen, barulah mereka ingat akan konsep yang ingin ditekankan...

Tak mahu berceloteh panjang sebab saya ingin bersiap-siap ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC...insyaallah saya akan update gambar-gambar sepanjang berada di pesta buku itu...untuk itu, JOM kita lihat gambar-gambar hasil eksperimen murid saya...

Antara hasil eksperimen murid-murid saya

Terbukti hipotesis yang murid telah buat...tumbuhan 
bergerakbalas terhadap rangsangan cahaya matahari

Satu-satunya kumpulan yang kreatif membuat eksperimen seperti ini
 berbanding murid daripada empat kelas yang diajar oleh saya

Pucuk tumbuhan menghala ke lubang yang berada
 di atas kotak untuk mendapatkan cahaya matahari

Murid melukis pemerhatian terhadap keputusan eksperimen mereka

Isnin, 22 April 2013

MENGEKSPERIMEN.....JADI KE?

INI DUNIAKU.....

Assalamualaikum & selamat petang buat rakan2 yg sudi berkunjung ke blog saya...

lama sungguh rasanya saya tidak 'membebel' di blog kesayangan ini.
maklumlah sentiasa sibuk dengan tugas sebagai guru & pelajar PPG yg sibuk memanjang... 

hari ini, saya ingin kongsikan dengan rakan2 berkenaan pengalaman saya menjalankan aktiviti mengeksperimen pada hari ini. murid daripada 3 kelas terlibat dalam aktiviti PdP ini.

biasalah bila kata eksperimen, murid2 semua melonjak gembira...mereka teruja & tak sabar nak buat eksperimen. saya pula memang tegas dgn peraturan di makmal sbb tak mahu mereka sukar dikawal..macam2 gelagat ada...yg pening kepala, yg berkerut dahi...mcm2 lah...ye lah...ini lah kali pertama saya minta mereka buat sendiri eksperimen itu tanpa bimbingan pada mulanya. cuma saya jelaskan tentang apa peralatan dan tujuan penyiasatan...

hasilnya, murid dapat menjalankan aktiviti mengeksperimen cuma, mereka perlu dibimbing untuk mendapatkan jawapan...bila ditanya apa yang akan terjadi pada kacang hijau selepas lima hari, ada murid yang menjawab hidup subur. hi hi...sedangkan jawapannya pucuk tumbuhan akan menghala ke arah cahaya matahari..nampaknya mereka perlu sentiasa diberi aktiviti untuk membantu mereka belajar membentuk hipotesis. 

keputusan akan saya post kan di blog ini selepas seminggu...kita lihat mana eksperimen yang menjadi & mana yang tidak..yg pentingnya murid happy & mood mereka pun lain mcm ceria hari ini.. agak2 berjaya tak PdP saya pada hari ini?.....mungkin ye dan mungkin tidak..mari cuci mata dengan gambar2 murid saya yg agak ceria...dan juga takut2 utk bergambar ini 

murid memasukkan kacang hijau ke dalam cawan kertas yang telah ada kapas lembap

bangga sungguh adik 'W' dengan hasil eksperimennya

sengih sampai nampak gigi...bangga betul mereka

siap rujuk buku teks tu...maklumlah selalu diberi penerangan...tapi hari ini perlu buat sendiri...ya la..kena uji hipotesis mereka sendiri

bangganya adik 'S' menunjukkan 2 hasil kerja mereka..aik...bukan setiap kumpulan buat satu sahaja ke? extra work...good job...

hasil eksperimen murid....selepas seminggu, pemerhatian akan direkodkan






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More