INI DUNIAKU.....
Setelah beberapa hari tidak mengarang ayat di blog ini, hati berasa rindu.....Oleh itu, hari ini saya kuatkan semangat untuk mengarang sebaris dua ayat walaupun kerja sekolah bertimbun-timbun....Maklumlah nak Hari Terbuka minggu hadapan...Kena buat Buku Adab Belajar...Hi hi hi.....pUAS saya mencari gambar yang sempat diambil ketika selalu makan di Fiske Steakhouse...Cari punya cari, rupanya ada di dalam handphone saya...Beria-ia cari dalam kamera tadi...
Kepada pembaca-pembaca blog yang memang hobinya mencari tempat makan yang sedap seperti saya, anda bolehlah mencuba kesedapan stik di Fiske Steakhouse. Fiske Steakhouse ini terletak di Medan Selera AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur...Untuk menyenangkan pencarian anda, saya beri 'landmark' restoran ini >>>> Restoran ini terletak bertentangan dengan kilang Pernec di Taman Keramat dan berhampiran dengan AEON AU2.....Anda bolehlah dapatkan arah ke Fiske Steakhouse melalui GOOGLEMAPS ini....
Restoran ini merupakan tempat makan stik kegemaran kami selain ME'NATE STEAKHOUSE, AMPANG....Kunjungan pertama kali kami bermula dengan saranan Cikgu Khad yang pernah makan di situ....Restoran ini dibuka setiap hari KECUALI Isnin bermula dari jam 6 petang...Kenapa kami tahu restoran ini ditutup pada hari Isnin? SEBABNYA kami pernah ke restoran itu pada hari Isnin tetapi malangnya restoran ini ditutup...Kasihan kami....Kih...kih..kih...
KENAPA ANDA PERLU MAKAN DI FISKE STEAKHOUSE?
>>>> Harganya berpatutan...Set Stik + Coleslaw + Spaghetti Carbonara
+ Baked Potato hanya RM 16++
>>>> Mushroom soup dan garlic bread yang sedap (pekat mushroom soup di sini)
>>>> Layanan mesra daripada pelayan restoran yang cepat dan cekap
>>>> Air buah yang sedap dan banyak (gelas besar)
>>>> Terdapat pelbagai variasi makanan yang boleh dipilih seperti set asam pedas, sate, stew kambing, chicken chop & lamb chop
TETAPI, AWAS JIKA ANDA PERGI KE SANA PUKUL 9 KE ATAS, ANDA PASTI TIDAK DAPAT MERASA KEENAKAN MAKANAN DI SINI >>> FULLHOUSE....TIADA TEMPAT DUDUK KOSONG
Baiklah, mari kita lihat gambar-gambar yang sempat diambil ketika kami makan di Fiske Steakhouse >>>
Papan Tanda Fiske Steakhouse
Hidangan Mix Grill....Stik + Lamb Chop + Chicken Chop + Salad + Baked Beans
Hidangan yang menyelerakan ^___^
Mushroom Soup yang pekat dan sedap....ditambah dengan kesedapan Garlic Bread dan jus buah...MEMANG UMPHH :)
Apa tunggu lagi, AYUH kita makan di Fiske Steakhouse, AU2, Taman Keramat
4 comments:
uihhhhh mcm sedap je....
ALIALFI: memang sedap....cubalah makan stik kat situ....MEMANG BERBALOI-BALOI :)
harga dia bape ek?
Tanpa Nama: Harga tidak lebih rm20
Catat Ulasan
UTK LEBIH MENGENALI ANDA...TINGGALKAN COMMENT ATAU LINK ANDA.T. KASIH