Khamis, 6 November 2014

ASAM PEDAS CLAYPOT SEDAP

Pernah pergi ke Restoran Anjung Bikers Putra Corner?


Ini dia....Restoran Anjung Bikers...popular di kalangan bikers-bikers. Restoran ini terletak di Sunway Batu Caves, Selangor. Restoran ini dari segi dekorasi amat menarik. Makanan di sini juga sedap. Restoran ini telah diasaskan dari 1990-an lagi. Restoran ini terkenal dengan char kuey tiau. TETAPI saya telah mencuba keenakan asam pedas claypot di restoran ini...PERGH.....SEDAP. Saya telah mencuba asam pedas daging..HARGA= RM 7 sahaja...
Maaf...gambar agak kelam sebab lampu dimalapkan. Ala-ala romantik gitu. 
Daging masak merah yang sedap...selalunya susah nak cari yang sedap mengikut selera saya..he he....

JOM Kita lihat dekorasi menarik restoran ini >>>>>



Menu-menu lain yang ada di restoran anjung bikers

Nampak tak botol berisi cecair putih tu? Ingatkan cuka...RUPA-RUPANYA air mineral....FREE sahaja..JANGAN risau....SELAMAT


Nama pun Anjung Bikers...MESTI lah ada superbike

Rabu, 5 November 2014

MEE UDANG D' TANJUNG

Tekak teringin nak makan mee udang?..Nak makan di Pulau Pinang jauh sangat....Tak perlu pergi ke Pulau Pinang...di Sunway Batu Caves ada...mee yang kaw dan sedap. Sesedap mee udang di negeri-negeri sebelah utara. Kunjungi sahaja Restoran Mee Udang D' Tanjung.
Nampak menyelerakan bukan?...Nak yang biasa ada...yang special pun ada. Pilih sahaja yang mana berkenan. Tepuk dada tanya selera..Harga semangkuk mee udang biasa rm 9.00 sahaja...Selain mee udang, terdapat juga set bawal goreng...Apa tu?...INI DIA....
Set bawal goreng ala penang...ada nasi putih, semangkuk kuah kari yang SEDAP, bawal goreng, telur goreng yang diletak di atas ikan, timun, salad, sambal kicap dan sambal special D' Tanjung diperah limau kasturi....Pergh....SEDAP...Harga? Cuma rm 7.50...MEMANG BERBALOI...

Ini apa pula?...Daging masak merah yang telah dimakan oleh en. Suami...SEDAP sangat....selain makanan di sini, saya SUKA lenchikang...TERBAIK dari D' Tanjung...

OK....jamu mata pula dengan dekorasi dinding Restoran Mee Udang D' Tanjung...

Selasa, 4 November 2014

PISANG CHEESE...NYUM NYUM

Pernah makan pisang cheese yang sedap???. Saya makan pisang cheese buat pertama kali semalam. Wah...sedap rupanya pisang cheese...keenakan pisang goreng dilapisi cheese, Milo dan susu...Mesti ada yg kata...tak muak ke?...MEMANG TAK MUAK..cheese, Milo dan susu pada kuantiti yang berpatutan...Tidak terliur melihat ini >>>


SEDAP PISANG CHEESE NI.....

Nak tahu di mana lokasinya?... FASA 6, Taman        Seri Gombak, Batu Caves, Selangor. Gerai terletak di seberang Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak. HARGANYA=RM 5.00 satu bungkus...MEMANG RAMAI yang membeli di gerai ini. sanggup pelanggan beratur panjang. LIHAT SAHAJA SENDIRI >>>
RAMAI kan yang beratur???.. Ini baru separuh..kat belakang ada lagi. kesemua pelanggan ada 11 orang termasuk en. suami. Selepas selesai en. Suami membeli...ada lagi pelanggan lain yang baru beratur....

APA LAGI?? JOM SERBU....




Ahad, 2 November 2014

SUP CENDAWAN SEDAP

Sebelum ini saya sudah maklumkan lawatan sekolah ke Cameron Highlands. Hari ini saya nak recommend sup cendawan yg sedap di Cameron Highlands. Lokasi terletak di gerai Pak Ngah Tomyam, Medan Selera Brinchang. Medan selera ini terletak di seberang KFC dan Jasmine Hotel di Brinchang..Rasa masam, masin dan pedas semuanya cukup...pendek kata MEMANG TERBAIK...

Sabtu, 1 November 2014

CUTI-CUTI CAMERON HIGHLANDS

INI DUNIAku. ....

Seronok bercameron di Cameron highlands...setelah berhempas pulas dgn keje menimbun di sekolah.hakikatnya menghadap kerja lagi balik Dari Cameron.he he..

Suggestion Kali ini....


Sewa1 malam=rm88...utk hari biasa....bukan rate cuti sekolah ye...kami bergembira di sini. Jom lihat gambar-gambar kami di sana>
>

  




Selamat tinggal cameron highlands....tahun depan saya dtg lagi


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More