INI DUNIAKU.....
Kali ni saya bercuti di Cameron
highlands utk ke sekian kalinya…memang tempat ini menjadi kegemaran saya &
en. Suami..tetapi kali ini percutian kami terasa hambar…kesemuanya gara-gara
keadaan hotel yang tidak seperti kami gambarkan…utk pengetahuan semua kami
menginap di century pines hotel & resorts…yg dikatakan bertaraf 4
bintang..tetapi apa yg kami alami seperti duduk di hotel bertaraf 2
bintang…kebiasaannya kami menginap di hotel rosa passadena brinchang namun,
disebabkan oleh keinginan utk mencuba yg baru, kami pun menetap di hotel
century pines, tanah rata ini…
Tentu semua tertanya-tanya apa
yang kurangnya dengan hotel ini…ok mari
saya ceritakan…(sedih betul rasa hati)…ketika mula2 kami check in di hotel ini,
saya sudah mula mahu naik darah…bayangkanlah…berminit2 perlu menunggu utk check
in sahaja. Sistem daftar masuk hotel ini
amat lah lemah berbanding hotel holiday
inn di Melaka yg sangat memuaskan hati kami…hari ini rasa menyesal pula sebab
tidak mengambil gambar bilik hotel holiday inn..hu hu..
Sebenarnya, kami menempah hotel
ini dengan menggunakan web booking.com…gambar2 hotel dipaparkan sangat menarik
sehingga kami berasa teruja hendak duduk di sini…gambar2 yg sama juga
dipaparkan di monitor pada meja daftar masuk hotel…herm…semuanya indah khabar
dari rupa. Masuk2 ke hotel sudahlah dilayan lambat, nak masuk ke bilik pun, kad
lambat detect.. buka2 pintu bilik sudah terbau habuk…dalam fikiran saya, ini
kah hotel bertaraf 4 bintang? Dalam hati meronta-ronta hendak ke holiday inn,
Melaka…nasib kita la…kata en. Suami..
Bila lihat katil lagi lah…saya
geram…saya request katil queen tapi diberi katil double single..kalau anda
semua jadi saya, marah tak…pikir2 lah…bila baring atas katil rasa gatal2
pula..ini sah ada pijat ni…dalam web pula tulis ada kemudahan iron tapi tak
ada…saya terpaksa call pula hotel service & sampai sekarang tiada ‘iron’
diterima di bilik ini…tup2 bila tengok bilik air… lagi lah saya sakit hati….di
web kata bath tub padahal long bath yg ada…en. Suami kecewa sebab tak dapat berendam
dalam air suam2 panas…kesian dia…sudahlah banyak duit habis utk hotel yg indah
khabar dari rupa ni…
Walaupun saya dah ceritakan yg
buruk2 tentang hotel ini, masih ada kebaikannya, antaranya view sgt cantik
menghadap bukit & pokok pain…rasanya itu sahaja yg best pada hotel ini
setakat ini. Ok kita nantikan pula review saya seterusnya tentang Century Pines
Hotel & Resort, Tanah Rata, Cameron Highlands..
P/S: ini sekadar luahan hati
saya…mungkin pendapat saya tidak sama seperti anda…PERINGATAN: ini adalah pre
post…HARAP MAAF…tiada line broadband yes di Cameron Highlands…
0 comments:
Catat Ulasan
UTK LEBIH MENGENALI ANDA...TINGGALKAN COMMENT ATAU LINK ANDA.T. KASIH