Isnin, 8 Oktober 2012

INI DUNIAKU.....

bertemu lagi kita di entri yang lain...hari ini saya nak bercerita tentang resepi masakan yang memang saya & asben gemari...SUP IKAN MERAH...memang meletup & mampu mengkecurkan liur MY LUVLY ABG..he he...masuk bakul angkat sendiri pula....bahan-bahan masakan untuk resepi ini memang mudah dan cepat untuk disiapkan...

MARI KITA TEROKA BAHAN-BAHANNYA:

*2 biji bawang besar / bawang kecil - sesiapa sukakan bawang yang banyak boleh letak lagi banyak ye ! (terpulang nak guna yang mana satu jenis bawang)
- untuk perhatian rakan-rakan....bawang perlu dihiris & separuh dikisar (blend) ye..

* 6 ulas bawang putih - kuantiti boleh dikurangkan bagi yang tak suka bawang putih

* sedikit halia (dihiris & dikisar)

* sebungkus sup ikan adabi

* sebatang serai yang telah dititik

* sebiji tomato dibelah empat

* 6 tangkai cili padi
 (sekiranya suka lebih pedas- boleh tambah kuantiti mengikut kesukaan masing-masing)

* daun sup & daun bawang

* air secukup mungkin

* garam secukup rasa

* DAN PALING PENTING IKAN MERAH 2 KETUL


CARA-CARA MEMASAKNYA PULA:


* tumiskan bawang merah (kecil/ besar), bawang putih & rempah kayu yang ada dalam bungkus perencah sup ikan adabi (iaitu kulit kayu manis, daun bay, buah keras & buah pelaga-KALAU TAK SILAP LAH..HI HI)


* bila bahan yang ditumis sudah masak kekuningan, tambahkan air mengikut kuantiti yang disukai (agak-agak sahaja ye), setelah menggelegak, masukkan bawang merah, bawang putih dan  halia yang telah dikisar. ini untuk memekatkan sup & menambah rasa pada sup.


* setelah sup menggelegak (mendidih), masukkan serai yang telah dititik, sup bunjut, sedikit cili api dan tomato yang dibelah tadi (saya letak 2 ketul sahaja untuk bagi rasa sedikit masam, 2 ketuol lagi dimasukkan apabila api hendak ditutup supaya tidak terlalu lembik). masukan pula ikan merah. masak sehingga ikan nampak elok dimasak (lembut & jangan sampai hancur) kemudian, masukkan garam dan rasa lah...hi hi


AKHIRNYA, siaplah sup ikan saya...yang teristimewa dihidang dalam TUPPERWARE- SET BLOSSOM saya....memang berbaloi-baloi membelinya..boleh tengok di video youtube (versi indonesia) kat bawah ye...pelbagai kemudahan & cantik...



kalau berminat boleh inbox di facebook saya Farzaana Nazilah (Tupperware Faz) atau sms di 019-3732418 ye...


0 comments:

Catat Ulasan

UTK LEBIH MENGENALI ANDA...TINGGALKAN COMMENT ATAU LINK ANDA.T. KASIH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More