Selasa, 4 November 2014

PISANG CHEESE...NYUM NYUM

Pernah makan pisang cheese yang sedap???. Saya makan pisang cheese buat pertama kali semalam. Wah...sedap rupanya pisang cheese...keenakan pisang goreng dilapisi cheese, Milo dan susu...Mesti ada yg kata...tak muak ke?...MEMANG TAK MUAK..cheese, Milo dan susu pada kuantiti yang berpatutan...Tidak terliur melihat ini >>>


SEDAP PISANG CHEESE NI.....

Nak tahu di mana lokasinya?... FASA 6, Taman        Seri Gombak, Batu Caves, Selangor. Gerai terletak di seberang Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak. HARGANYA=RM 5.00 satu bungkus...MEMANG RAMAI yang membeli di gerai ini. sanggup pelanggan beratur panjang. LIHAT SAHAJA SENDIRI >>>
RAMAI kan yang beratur???.. Ini baru separuh..kat belakang ada lagi. kesemua pelanggan ada 11 orang termasuk en. suami. Selepas selesai en. Suami membeli...ada lagi pelanggan lain yang baru beratur....

APA LAGI?? JOM SERBU....




0 comments:

Catat Ulasan

UTK LEBIH MENGENALI ANDA...TINGGALKAN COMMENT ATAU LINK ANDA.T. KASIH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More