Isnin, 10 September 2012

ASSIGNMENT KIMIA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN SEMUA.....

amboi...amboi...ayat canggih & formal gitu...dah lama sungguh tak mengarut & bercerita kat blog kesayangan ni...maklumlah sibuk dengan assignment. ini pun tak siap2 lagi....he he he...utk mengubat rindu yang dah tak tahan nak merepek ni....saya hadiahkan contoh assignment amali kimia yang telah dihantar kepada lecturer...harap-harap boleh membantu kawan-kawan yang sedang mencari bahan rujukan...ADIOS....


AMALI 3
Tujuan Amali: Untuk menyediakan sampel etanol dan mengkaji sifat-sifat kimia etanol.
Radas: Kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat, kelalang penyuling, gabus getah dengan salur penghantar, termometer, kondenser liebeg, fractioning column, kaki retort dan penyepit, tripod kaki tiga, kasa dawai, penunu Bunsen, tiub getah, corong turas, tiub didih, kertas litmus biru, mangkuk penyejat, pemegang tabung uji, penitis, forsep.
Bahan: glukosa, kentang yang sudah dimasak, nanas lenyek, ubi kayu, pisang lenyek, yis, air kapur, air suling, air paip, larutan kalium dikromat (VI), asid sulfurik pekat.
Gambarajah:


















Langkah-langkah Berjaga-jaga: Berhati-hati ketika menggunakan asid sulfurik pekat kerana ia menghakis.
Prosedur:
A. Untuk menyediakan sampel etanol
1. Kira-kira 20g glukos dilarutkan dengan 150 cm3 air suling dalam kelalang kon.
2. Kira-kira 10g yis ditambahkan ke dalam campuran tadi dan goncang hingga sebati dengan baik.
3. Kelalang kon ditutup dengan penyumbat getah dengan tiub penghantar yang disambungkan dengan tabung didih yang mengandungi air kapur [Rajah 1 (a)].
4. Peralatan dibiarkan pada suhu bilik (35oC) selama 4-5 hari.
5. Apa-apa perubahan yang berlaku diperhatikan dari semasa ke semasa.
6. Kandungan kelalang kon ditapis selepas kira-kira 4-5 hari. Turasan dituang ke dalam kelalang turasan penyuling.
7. Alat untuk penyulingan disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1(b).
8. Turasan dipanaskan dalam kukus air (water bath) dan hasil etanol yang mempunyai takat didih pada 78 – 80oC dikutip.
9. Warna dan bau sulingan yang dikumpulkan diperhatikan.
10. Langkah 1-9 diulangi dengan menggunakan kentang masak, nanas lenyek, nasi, ubi kayu atau pisang lenyek untuk menggantikan glukosa.
B. Untuk menyiasat sifat-sifat kimia etanol.
B-1 Untuk menyiasat pembakaran etanol.
1. Kira-kira 2 cm3 etanol yang disediakan dituang ke dalam mangkuk penyejat.
2. Kayu uji menyala digunakan untuk menyalakan etanol (Rajah 2).
3. Kemudahbakaran etanol diperhatikan.
B-2 Untuk menyiasat pengoksidaan etanol.
1. Kira-kira 10 cm3 larutan kalium dikromat (VI) dituangkan ke dalam tiub didih.
2. Kira-kira 10 titis asid sulfurik pekat ditambah ke dalam tabung uji menggunakan penitis.
3. Lebih kurang 3 cm3 etanol ditambah ke dalam campuran.
4. Radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.
5. Tiub didih dipanaskan dengan api yang lembut sehingga campuran mendidih.
6. Bau hasil yang diperoleh dihidu.
Pemerhatian/ Keputusan:
1. Selepas 4-5 hari, campuran antara glukos, air suling dan yis berubah daripada jernih menjadi keruh.
2. Air kapur di dalam tabung didih juga menjadi keruh.
3. Hasil sulingan adalah cecair tidak berwarna yang berbau tajam.
Keputusan (A)
Pemerhatian perubahan dalam tabung didih
Perubahan dalam kelalang kon
Ada buih-buih terbentuk
Perubahan dalam tabung didih
Air kapur menjadi keruh

Pemerhatian hasil penyulingan berperingkat
Warna hasil sulingan
Tidak berwarna
Bau hasil sulingan
Berbau alkohol

Keputusan (B-1)
Ujian
Pemerhatian
Kemudahbakaran
Mudah terbakar
Warna nyalaan
Biru pucat
Jumlah Jelaga
Tiada jelaga

Keputusan (B-2)
Warna hasil sulingan
Tidak berwarna
Bau hasil sulingan
Berbau cuka

Perbincangan:
Setelah dibiarkan 4-5 hari, terdapat buih-buih terbentuk pada campuran dalam kelalang kon. Air kapur yang terdapat dalam tabung didih juga menjadi keruh. Ini menunjukkan gas karbon dioksida dihasilkan semasa proses penapaian.
Kemudian, kandungan kelalang kon dituras. Hasil turasan kemudiannya disuling menggunakan kondenser Liebeg. Hasil sulingan merupakan etanol. Ia berbau alkohol. Oleh itu, penapaian glukosa, kentang masak, nanas lenyek, nasi dan pisang lenyek menghasilkan etanol dan gas karbon dioksida. Persamaan kimia yang dapat mewakili penapaian glukosa adalah:
                            Zimase dari yis
C6H12O6 (ak)                                     2C2H5OH (ak) + 2CO2 (g)
                             35oC
Etanol dipekatkan melalui proses penyulingan. Etanol dikumpulkan pada takat didih 78 – 80oC.
Etanol terbakar dengan mudah dalam udara. Warnanya biru pucat dan tiada jelaga. Persamaan kimia yang dapat mewakili pembakaran etanol adalah:
C2H5 OH (ak) + 3O2 (g)             2CO2 (g) + 3H2O (ce)
Etanol juga boleh dioksidakan oleh kalium dikromat (IV). Apabila campuran kalium kalium dikromat (IV) dan asid sulfurik pekat dipanaskan perlahan-lahan, Warna jingga kalium kalium dikromat (IV) berubah menjadi hijau. Ini menunjukkan telah berlaku pengoksidaan etanol. Hasil sulingan yang dikumpulkan adalah cecair tidak berwarna dan berbau cuka. Ini menunjukkan hasil pengoksidaan etanol adalah sejenis asid iaitu asid etanoik. Persamaan kimia yang dapat mewakili pengoksidaan etanol adalah:
                                     pengoksidaan
CH3CH2OH (ce) + 2(O)                          CH3COOH (ce) + H2O (ce)
                                                               asid etanoik

Kesimpulan :
Etanol dapat dihasilkan melalui penapaian glukosa, kentang masak, nanas lenyek, nasi dan pisang lenyek dengan kehadiran yis.

Rujukan:
Kho, C.H. (2002) Pendekatan Komprehensif Kimia Organik STPM, Sasbadi Sdn.            Bhd.

Lok, W. L., Yap, S.P. (1995) Fakta Bersepadu SPM Kimia Tingkatan 4,5,                Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Norazila Mustafa. (1999) Tingkatan 4 & 5 Nota Komprehensif SPM Kimia, Preston          Corporation Sdn. Bhd.


Yamin Yasin. (2012) Xpress A+ SPM 4.5 Chemistry Bilingual Dwibahasa, Sasbadi         Sdn. Bhd.

Refleksi Pengalaman: Ketika eksperimen dijalankan, saya berasa takut kerana ini adalah pengalaman pertama saya menggunakan kebuk wasap. Kebuk wasap digunakan sebagai langkah keselamatan ketika menggunakan asid hidroklorik pekat yang menghakis. Saya berharap selepas ini, saya akan lebih berani untuk menggunakan kebuk wasap.
Soalan:
1. Namakan enzim yang terdapat dalam yis yang menguraikan glukosa kepada etanol.
Zimase.
2. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili penguraian glukosa kepada etanol.
                         Zimase dari yis
C6H12O6 (ak)                                     2C2H5OH (ak) + 2CO2 (g)
                                35oC
3. Terangkan kegunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini.
Penyulingan berperingkat digunakan untuk menulenkan etanol. Ia dijalankan untuk mengeluarkan etanol daripada larutan penapaian. Setelah 4-5 hari proses penapaian, hasil turasan yang diperoleh dimasukkan ke dalam kelalang turasan penyuling. Kelalang penyuling dipanaskan dengan menggunakan teknik water bath sehingga campuran mendidih. Etanol disuling keluar pada julat suhu 78-80oC.   
4. Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pembakaran etanol.
C2H5 OH (ak) + 3O2 (g)             2CO2 (g) + 3H2O (ce)

5. Apakah peranan larutan kalium dikromat (IV) dalam eksperimen ini?
Kalium dikromat (IV) adalah agen pengoksidaan yang digunakan ketika mengkaji tindak balas pengoksidaan etanol.

6. Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pengoksidaan etanol.
                                      pengoksidaan
CH3CH2OH (ce) + 2(O)                          CH3COOH (ce) + H2O (ce)
                                                                 asid etanoik
7. Ramalkan pemerhatian anda sekiranya peralatan dalam Rajah 1 dibiarkan selama lebih dari seminggu. Terangkan jawapan anda.
Jika peralatan dalam Rajah 1 dibiarkan selama lebih daripada seminggu, tiada buih-buih terbentuk pada campuran dalam kelalang kon. Air kapur yang terdapat dalam tabung didih juga tidak keruh. Ini kerana udara sudah masuk ke dalam campuran penapaian. Bakteria telah bertumbuh. Bakteria dapat mengoksidakan etanol kepada asid etanoik (cuka).
8. Bolehkah etanol digunakan sebagai bahan api kenderaan?. Terangkan jawapan anda.
Etanol boleh digunakan sebagai bahan api kenderaan. Ini kerana etanol mudah terbakar dan menghasilkan api yang bersih di dalam udara berbanding bahan api fosil.  Oleh itu, etanol tidak menyebabkan pencemaran udara. Walau bagaimanapun, penggunaan etanol sebagai bahan api kenderaan dihadkan kerana kos penghasilannya tinggi.









AMALI 4
Tujuan Amali: Untuk menyediakan sampel ester dan menyiasat ciri-ciri fizikal ester.
Radas: Bikar, kelalang penyuling, corong paip, kelalang bulat, kelalang kon, silinder penyukat, kondenser Liebig, penunu Bunsen, kaki retort dan pengepit, tungku kaki tiga, penyumbat getah dengan lubang, blok kayu.
Bahan: Etanol tulen, asid etanoik glasial, asid sulfurik pekat, 5% larutan natrium bikarbonat, minyak, air, larutan kalsium klorida.
Gambarajah:




















Langkah-langkah Berjaga-jaga: Berhati-hati ketika menggunakan asid sulfurik pekat kerana ia menghakis.
Prosedur:
A. Untuk menyiasat ciri-ciri fizikal ester
1. 2 cm3 etil ethanoat dituang ke dalam tabung uji. Bau ester dicatatkan.
2. 5 cm3 air suling ditambah ke dalam ester. Campuran ini digoncang dengan baik. Tahap kelarutan ester dalam air dicatat.
3. Langkah 1 hingga 2 diulang dengan menggunakan aseton dan spirit bermetil untuk menggantikan air suling. Pemerhatian dicatat.
B. Untuk menyediakan sampel ester
1. 50 cm3 etanol tulen dicampurkan dengan 50 cm3 asid etanoik glasial ke dalam 250 ml kelalang bulat.
2. 10 cm3 asid sulfurik pekat ditambah dengan berhati-hati ke dalam kelalang sambil mengoncang kelalang. Beberapa cip porselin ditambah ke dalam larutan.
3. Radas disusun seperti pada rajah 1.
4. Campuran dipanaskan secara refluks selama 1 jam.
5. Campuran dibiarkan sejuk sehingga suhu bilik.
6. Campuran sejuk dituang ke dalam corong pemisah dan 25 cm3 air sejuk ditambah. Corong pemisah digoncang.
7. Lapisan bawah (akuas) dipisahkan daripada lapisan atas (organik). Lapisan akuas disingkirkan.
8. 25 cm3 5% larutan natrium bikarbonat ditambah. Corong pemisah digoncang.Lapisan bawah disingkirkan.
9. Prosedur 8 diulang.
10. 25 cm3 air ditambah. Corong pemisah digoncang.Lapisan akuas disingkirkan.
11. Larutan kalsium klorida tepu ditambah. Campuran dikacau dengan berhati-hati dan larutan akuas disingkirkan.
12. Lapisan organik diperhatikan dan dibau.


Pemerhatian/ Keputusan:
A. Untuk menyiasat ciri-ciri fizikal ester
Pelarut
Pemerhatian
Inferens
Air
Dua lapisan terbentuk, etil ethanoat berada di lapisan atas dan air di bahagian bawah.
Etil ethanoat tidak larut dalam air.
Aseton
Satu larutan yang homegenus terhasil.
Etil ethanoat larut dalam aseton.
Spirit Bermetil
Satu larutan yang homegenus terhasil.
Etil ethanoat larut dalam spirit bermetil.

B. Untuk menyediakan sampel ester
Warna sampel ester
Tidak berwarna
Bau sampel ester
Berbau wangi
Sifat sampel ester
Terapung di atas air

Perbincangan:
Ester boleh didapati secara semulajadi (contoh; sumber buah-buahan) atau dihasilkan melalui tindak balas pengesteran. Tindak balas pengesteran ialah tindakan di antara asid karboksilik dan alkohol untuk menghasilkan sebatian ester. Contohnya tindak balas antara asid etanoik dan etanol. Persamaan kimia untuk mewakili tindak balas tersebut adalah:
                                                         H+
CH3COOH (ak) + C2H5OH (ce)            CH3COOC2H5 (ak) + H2O (ce)

Ketika eksperimen ini, asid sulfurik pekat digunakan sebagai pemangkin. Asid sulfurik pekat digunakan untuk mempercepatkan tindak balas antara asid etanoik dan etanol. Ia juga dapat menggalakkan pembentukan ester dengan menyerap air yang terbentuk dalam tindak balas.
Selain melalui kaedah ekperimen ini, ester seperti etil ethanoat dapat dihasilkan melalui pemanasan refluks. Pemanasan secara ini memastikan etanol dan asid etanoik yang belum bertindak balas dikondensasikan oleh kondenser Liebeg dan mengalir semula ke kelalang untuk bertindak balas lagi. Ester yang terhasil akan dikumpulkan melalui penyulingan. Langkah ini digunakan dalam penyediaan etil ethanoat kerana ia bahan mudah meruap dan tidak larut dalam air.Etil ethanoat tidak larut dalam air tetapi larut dalam aseton dan spirit bermetil.
Oleh kerana ester mempunyai bau yang manis. Maka ia digunakan sebagai bahan perasa dalam bahan makanan. Contohnya, etil metanoat digunakan sebagai ‘essence raspberry’. Ester juga digunakan sebagai pelarut organik dan pengawet bahan makanan.

Kesimpulan :
Ester dapat dihasilkan melalui tindak balas pengesteran.
Rujukan:
Kho, C.H. (2002) Pendekatan Komprehensif Kimia Organik STPM, Sasbadi Sdn.            Bhd.

Lok, W. L., Yap, S.P. (1995) Fakta Bersepadu SPM Kimia Tingkatan 4,5,                Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Norazila Mustafa. (1999) Tingkatan 4 & 5 Nota Komprehensif SPM Kimia, Preston          Corporation Sdn. Bhd.

Pengesteran. Dimuat turun daripada      http://www.scribd.com/doc/60862413/21368094-nota-kimia

Yamin Yasin. (2012) Xpress A+ SPM 4.5 Chemistry Bilingual Dwibahasa, Sasbadi         Sdn. Bhd.

Refleksi Pengalaman: Ketika eksperimen dijalankan, pensyarah telah mendapati botol asid sulfurik pekat tidak ditutup selepas digunakan. Ini berbahaya kerana asid hidroklorik pekat bersifat menghakis. Oleh itu, selepas ini saya dan rakan-rakan lain perlu lebih peka dan berhati-hati ketika mengendalikan asid sulfurik pekat.
Soalan:
1. Jelaskan maksud Tindakbalas Esterifikasi.
Tindakbalas esterifikasi adalah tindakbalas yang melibatkan asid karboksilik dan alkohol dengan kehadiran asid mineral sebagai mangkin untuk menghasilkan ester dan air.
2. Tulis persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan tindakbalas antara asid etanoik dan etanol.
                                                            H+
CH3COOH (ak) + C2H5OH (ce)            CH3COOC2H5 (ak) + H2O (ce)
3. Apa fungsi asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini?
Asid sulfurik pekat berfungsi sebagai pemangkin. Ia mempercepatkan tindak balas antara asid etanoik dan etanol. Ia juga dapat menggalakkan pembentukan ester dengan menyerap air yang terbentuk dalam tindak balas.
4. Jelaskan langkah lain dalam penyediaan etil ethanoat.
Langkah lain dalam penyediaan etil ethanoat adalah dengan cara pemanasan refluks. Pemanasan secara ini memastikan etanol dan asid etanoik yang belum bertindak balas dikondensasikan oleh kondenser Liebeg dan mengalir semula ke kelalang untuk bertindak balas lagi. Ester yang terhasil akan dikumpulkan melalui penyulingan. Langkah ini digunakan dalam penyediaan etil ethanoat kerana ia bahan mudah meruap dan tidak larut dalam air.
5. Apakah fungsi 5% larutan natrium bikarbonat dalam eksperimen ini?
Fungsi 5% larutan natrium bikarbonat dalam eksperimen ini adalah untuk mengekstrak lebihan sisa asid dalam larutan etil asetat menjadi garam sodium yang larut di dalam air yang berada di lapisan bawah.
6. Jelaskan kegunaan kalsium klorida dalam eksperimen ini.
Kalsium klorida dalam eksperimen ini digunakan agar ion Ca2+ dapat menarik ion-ion karbonat yang ditambah sebelumnya sehingga membentuk garam CaCl2 dan CaCO3 yang mudah dipisahkan kerana membentuk endapan di dasar bikar agar hasil lebih jitu dan murni.

7. Bandingkan kelarutan etil etanoat dalam air, aseton dan spirit bermetil. Jelaskan pemerhatian anda.

Pelarut
Pemerhatian
Inferens
Air
Dua lapisan terbentuk, etil etanoat berada di lapisan atas dan air di bahagian bawah.
Etil etanoat tidak larut dalam air.
Aseton
Satu larutan yang homegenus terhasil.
Etil etanoat larut dalam aseton.
Spirit Bermetil
Satu larutan yang homegenus terhasil.
Etil etanoat larut dalam spirit bermetil.

8. Namakan ester yang terhasil daripada tindak balas esterifikasi antara asid butanoik dan etanol.
Etil Butanoat.
9. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili tindak balas di atas.
                                                                H+
CH3H7COOH (ak) + C2H5OH (ce)            CH3H7COOC2H5 (ak) + H2O (ce)




















AMALI 6
Tujuan Amali: Untuk menyediakan sabun melalui proses saponifikasi.
Radas: Kertas turas, bikar, silinder penyukat, spatula, rod kaca, corong turas, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, tabung uji.
Bahan: Minyak kelapa sawit, larutan natrium hidroksida, serbuk natrium klorida, air suling.
Gambarajah:





















Prosedur:
1. 10 cm3 minyak kelapa sawit dituang ke dalam bikar.
2. 50 cm3, 5 mol dm-3 larutan natrium hidroksida ditambah ke dalam minyak kelapa sawit.
3. Campuran dipanaskan sehingga mendidih.
4. Campuran dikacau dengan menggunakan rod kaca.
5. Campuran dibiarkan mendidih selama 10 minit.
6. Selepas pemanasan, 50 cm3 air suling dan tiga spatula natrium klorida ditambah ke dalam campuran.
7. Campuran dipanaskan selama 5 minit.
8. Campuran dibiarkan menyejuk.
9. Pepejal putih yang terhasil ditapis dan dibasuh dengan sedikit air suling.
10. Pepejal putih ditekankan di atas sekeping kertas turas untuk dikeringkan.
11. Pepejal putih disentuh dengan menggunakan jari. Pemerhatian dibuat. Sedikit pepejal putih diletakkan ke dalam tabung uji. Air paip ditambahkan ke dalam tabung uji. Campuran tersebut digoncang.
12. Pemerhatian direkodkan.
Pemerhatian/ Keputusan:
Rasa sabun setelah disentuh
Licin
Pemerhatian apabila digoncang
Menghasilkan buih apabila digoncang

Perbincangan:
Sabun boleh dibuat melalui proses saponifikasi. Proses saponifikasi adalah reaksi hidrolisis lemak dengan menggunakan bes lemah. Contohnya NaOH. Saponifikasi juga dikenali sebagai hidrolisis ester beralkali.
Semasa saponifikasi, larutan natrium hidroksida pekat digunakan sebagai pemangkin apabila dicampur dengan minyak kelapa sawit.
                                         hidrolisis
Minyak sawit + NaOH                       gliserol + asid lemak
Minyak sodium + asid lemak                       asid palmitik + air
Setelah campuran dididihkan, natrium klorida dan air suling akan dimasukkan ke dalam larutan untuk mengurangkan kelarutan sabun yang terhasil dan membantu menghasilkan mendapan. Gumpalan akan terhasil dan terapung di permukaan larutan yang dididihkan. Setelah larutan dituras, lebihan yang tertinggal di kertas turas akan dikeringkan dan diuji dengan menyentuhnya. Lebihan akan dicampur dengan air dan digoncang.
Dalam proses saponifikasi, minyak (ester) terurai untuk menghasilkan garam potassium atau garam natrium bagi asid lemak dan gliserol. Molekul sabun akan menghasilkan “micelles” di dalam air.
Kesimpulan :
Sabun boleh dihasilkan melalui proses saponifikasi.
Rujukan:
Lok, W. L., Yap, S.P. (1995) Fakta Bersepadu SPM Kimia Tingkatan 4,5,                Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Norazila Mustafa. (1999) Tingkatan 4 & 5 Nota Komprehensif SPM Kimia, Preston          Corporation Sdn. Bhd.


Yamin Yasin. (2012) Xpress A+ SPM 4.5 Chemistry Bilingual Dwibahasa, Sasbadi         Sdn. Bhd.
Soalan:
1. Terangkan ciri-ciri sabun yang dihasilkan.
Sabun yang dihasilkan terasa licin setelah kita menyentuhnya. Ia juga kelihatan berbuih apabila digoncang dalam tabung uji berisi air.
2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini?
Natrium klorida berfungsi untuk bertindak balas dengan larutan bagi menghasilkan mendapan. Ia juga berfungsi untuk mengurangkan kelarutan sabun yang dihasilkan.


3. Tuliskan persamaan perkataan yang mewakili proses saponifikasi dalam eksperimen ini.
                                     hidrolisis
Minyak sawit + NaOH                       gliserol + asid lemak
Minyak sodium + asid lemak                       asid palmitik + air
4. Ramalkan pemerhatian anda jika air paip diganti dengan air suling dalam prosedur 11. Terangkan jawapan anda.
Buihyang dihasilkan adalah lebih banyak kerana air suling adalah air tulen yang tidak mempunyai ion-ion stearate yang akan menyebabkan penghasilan kekat. Oleh itu, air suling akan menghasilkan buih yang lebih dan menghasilkan skum yang kurang.
5. Bolehkah sabun dihasilkan melalui tindak balas hidrolisis lemak atau minyak dalam keadaan berasid?. Terangkan jawapan anda.
Sabun tidak boleh dihasilkan dalam keadaan berasid kerana semasa proses hidrolisis, satu molekul ester minyak atau lemak akan menghasilkan molekul-molekul asid yang seterusnya bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan sabun. Bahan alkali digunakan sebagai mangkin dalam proses ini.
6. Namakan 2 teknik untuk menghasilkan sabun.
Teknik sejuk dan teknik panas.
7. Apakah kelemahan sabun komersial?
Kelemahan sabun komersial ialah mempunyai campuran NaOH yang banyak. Ini menyebabkan fabrik tidak tahan lama. Sabun komersial juga boleh menyebabkan kulit kering kerana tidak mempunyai gliserin.
8. Apakah sumber yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan detergen?
Sumber yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan detergen ialah air liat, air suling dan air paip.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Shelling out a great dea of only for that domain name Breville this indicates very good ful toxins of moolah.
The better the drink station mechanisms, the much very much
more backup but getting location are typically transport to the area.
Terrain Blender or food processor One using the needed waste devices for an bakery may very well be floorings mixer.


Also visit my web-site: nostalgia hotdog Toaster

Unknown berkata...

ok....i will...later

Catat Ulasan

UTK LEBIH MENGENALI ANDA...TINGGALKAN COMMENT ATAU LINK ANDA.T. KASIH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More