ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA BUAT RAKAN-RAKAN SEMUA.....
amboi...amboi...ayat canggih & formal gitu...dah lama sungguh tak mengarut & bercerita kat blog kesayangan ni...maklumlah sibuk dengan assignment. ini pun tak siap2 lagi....he he he...utk mengubat rindu yang dah tak tahan nak merepek ni....saya hadiahkan contoh assignment amali kimia yang telah dihantar kepada lecturer...harap-harap boleh membantu kawan-kawan yang sedang mencari bahan rujukan...ADIOS....
C6H12O6
(ak) 2C2H5OH (ak) + 2CO2
(g)
C2H5
OH (ak) + 3O2 (g)
2CO2 (g) + 3H2O (ce)
CH3CH2OH
(ce) + 2(O) CH3COOH
(ce) + H2O (ce)
C6H12O6
(ak) 2C2H5OH (ak) + 2CO2
(g)
C2H5
OH (ak) + 3O2 (g)
2CO2 (g) + 3H2O (ce)
CH3CH2OH
(ce) + 2(O) CH3COOH
(ce) + H2O (ce)

CH3COOH
(ak) + C2H5OH (ce) CH3COOC2H5
(ak) + H2O (ce)

CH3COOH
(ak) + C2H5OH (ce) CH3COOC2H5
(ak) + H2O (ce)

CH3H7COOH
(ak) + C2H5OH (ce) CH3H7COOC2H5
(ak) + H2O (ce)
Minyak
sawit + NaOH gliserol + asid lemak
Minyak
sodium + asid lemak
asid palmitik + air
Minyak
sawit + NaOH
gliserol + asid lemak
Minyak
sodium + asid lemak
asid palmitik + air
AMALI
3
Tujuan Amali:
Untuk menyediakan sampel etanol dan mengkaji sifat-sifat kimia etanol.
Radas: Kertas turas, kelalang kon,
bikar, silinder penyukat, kelalang penyuling, gabus getah dengan salur
penghantar, termometer, kondenser liebeg, fractioning column, kaki retort dan
penyepit, tripod kaki tiga, kasa dawai, penunu Bunsen, tiub getah, corong turas,
tiub didih, kertas litmus biru, mangkuk penyejat, pemegang tabung uji, penitis,
forsep.
Bahan: glukosa, kentang yang sudah
dimasak, nanas lenyek, ubi kayu, pisang lenyek, yis, air kapur, air suling, air
paip, larutan kalium dikromat (VI), asid sulfurik pekat.
Gambarajah:
Langkah-langkah Berjaga-jaga:
Berhati-hati ketika menggunakan asid sulfurik pekat kerana ia menghakis.
Prosedur:
A. Untuk menyediakan sampel etanol
1. Kira-kira 20g glukos dilarutkan dengan 150 cm3
air suling dalam kelalang kon.
2. Kira-kira 10g yis ditambahkan ke dalam campuran tadi
dan goncang hingga sebati dengan baik.
3. Kelalang kon ditutup dengan penyumbat getah dengan
tiub penghantar yang disambungkan dengan tabung didih yang mengandungi air
kapur [Rajah 1 (a)].
4. Peralatan dibiarkan pada suhu bilik (35oC)
selama 4-5 hari.
5. Apa-apa perubahan yang berlaku diperhatikan dari
semasa ke semasa.
6. Kandungan kelalang kon ditapis selepas kira-kira 4-5
hari. Turasan dituang ke dalam kelalang turasan penyuling.
7. Alat untuk penyulingan disediakan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1(b).
8. Turasan dipanaskan dalam kukus air (water bath) dan
hasil etanol yang mempunyai takat didih pada 78 – 80oC dikutip.
9. Warna dan bau sulingan yang dikumpulkan diperhatikan.
10. Langkah 1-9 diulangi dengan menggunakan kentang
masak, nanas lenyek, nasi, ubi kayu atau pisang lenyek untuk menggantikan
glukosa.
B. Untuk menyiasat sifat-sifat kimia etanol.
B-1 Untuk menyiasat pembakaran etanol.
1. Kira-kira 2 cm3 etanol yang disediakan
dituang ke dalam mangkuk penyejat.
2. Kayu uji menyala digunakan untuk menyalakan etanol
(Rajah 2).
3. Kemudahbakaran etanol diperhatikan.
B-2 Untuk menyiasat pengoksidaan etanol.
1. Kira-kira 10 cm3 larutan kalium dikromat
(VI) dituangkan ke dalam tiub didih.
2. Kira-kira 10 titis asid sulfurik pekat ditambah ke
dalam tabung uji menggunakan penitis.
3. Lebih kurang 3 cm3 etanol ditambah ke dalam
campuran.
4. Radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
3.
5. Tiub didih dipanaskan dengan api yang lembut sehingga
campuran mendidih.
6. Bau hasil yang diperoleh dihidu.
Pemerhatian/ Keputusan:
1. Selepas 4-5 hari, campuran antara glukos, air suling
dan yis berubah daripada jernih menjadi keruh.
2. Air kapur di dalam tabung didih juga menjadi keruh.
3. Hasil sulingan adalah cecair tidak berwarna yang
berbau tajam.
Keputusan (A)
Pemerhatian perubahan dalam tabung didih
Perubahan dalam kelalang kon
|
Ada
buih-buih terbentuk
|
Perubahan dalam tabung didih
|
Air
kapur menjadi keruh
|
Pemerhatian hasil penyulingan berperingkat
Warna hasil sulingan
|
Tidak
berwarna
|
Bau hasil sulingan
|
Berbau
alkohol
|
Keputusan (B-1)
Ujian
|
Pemerhatian
|
Kemudahbakaran
|
Mudah
terbakar
|
Warna
nyalaan
|
Biru
pucat
|
Jumlah
Jelaga
|
Tiada
jelaga
|
Keputusan (B-2)
Warna hasil sulingan
|
Tidak
berwarna
|
Bau hasil sulingan
|
Berbau
cuka
|
Perbincangan:
Setelah dibiarkan 4-5 hari, terdapat buih-buih terbentuk
pada campuran dalam kelalang kon. Air kapur yang terdapat dalam tabung didih
juga menjadi keruh. Ini menunjukkan gas karbon dioksida dihasilkan semasa
proses penapaian.
Kemudian, kandungan kelalang kon dituras. Hasil turasan
kemudiannya disuling menggunakan kondenser Liebeg. Hasil sulingan merupakan
etanol. Ia berbau alkohol. Oleh itu, penapaian glukosa, kentang masak, nanas
lenyek, nasi dan pisang lenyek menghasilkan etanol dan gas karbon dioksida.
Persamaan kimia yang dapat mewakili penapaian glukosa adalah:
Zimase dari yis

35oC
Etanol dipekatkan melalui
proses penyulingan. Etanol dikumpulkan pada takat didih 78 – 80oC.
Etanol terbakar dengan mudah
dalam udara. Warnanya biru pucat dan tiada jelaga. Persamaan kimia yang dapat
mewakili pembakaran etanol adalah:

Etanol juga boleh
dioksidakan oleh kalium dikromat (IV). Apabila campuran kalium kalium dikromat
(IV) dan asid sulfurik pekat dipanaskan perlahan-lahan, Warna jingga kalium
kalium dikromat (IV) berubah menjadi hijau. Ini menunjukkan telah berlaku
pengoksidaan etanol. Hasil sulingan yang dikumpulkan adalah cecair tidak
berwarna dan berbau cuka. Ini menunjukkan hasil pengoksidaan etanol adalah
sejenis asid iaitu asid etanoik. Persamaan kimia yang dapat mewakili
pengoksidaan etanol adalah:
pengoksidaan

asid etanoik
Kesimpulan :
Etanol dapat dihasilkan
melalui penapaian glukosa, kentang masak, nanas lenyek, nasi dan pisang lenyek
dengan kehadiran yis.
Rujukan:
Kho, C.H. (2002)
Pendekatan Komprehensif Kimia Organik STPM, Sasbadi Sdn. Bhd.
Lok, W. L., Yap, S.P.
(1995) Fakta Bersepadu SPM Kimia Tingkatan 4,5, Pustaka
Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
Norazila Mustafa.
(1999) Tingkatan 4 & 5 Nota Komprehensif SPM Kimia, Preston Corporation Sdn. Bhd.
Pengoksidaan Alkohol. Dimuat turun daripada http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=JUL&m=4& =m&i=NOTA
Yamin Yasin. (2012)
Xpress A+ SPM 4.5 Chemistry Bilingual Dwibahasa, Sasbadi Sdn. Bhd.
Refleksi Pengalaman: Ketika
eksperimen dijalankan, saya berasa takut kerana ini adalah pengalaman pertama
saya menggunakan kebuk wasap. Kebuk wasap digunakan sebagai langkah keselamatan
ketika menggunakan asid hidroklorik pekat yang menghakis. Saya berharap selepas
ini, saya akan lebih berani untuk menggunakan kebuk wasap.
Soalan:
1. Namakan enzim yang
terdapat dalam yis yang menguraikan glukosa kepada etanol.
Zimase.
2. Tuliskan persamaan kimia
yang seimbang untuk mewakili penguraian glukosa kepada etanol.
Zimase dari yis

35oC
3. Terangkan kegunaan
penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini.
Penyulingan berperingkat digunakan
untuk menulenkan etanol. Ia dijalankan untuk mengeluarkan etanol daripada
larutan penapaian. Setelah 4-5 hari proses penapaian, hasil turasan yang
diperoleh dimasukkan ke dalam kelalang turasan penyuling. Kelalang penyuling
dipanaskan dengan menggunakan teknik water bath sehingga campuran mendidih.
Etanol disuling keluar pada julat suhu 78-80oC.
4. Tulis persamaan kimia
yang seimbang untuk mewakili pembakaran etanol.

5. Apakah peranan larutan
kalium dikromat (IV) dalam eksperimen ini?
Kalium dikromat (IV) adalah
agen pengoksidaan yang digunakan ketika mengkaji tindak balas pengoksidaan
etanol.
6. Tulis persamaan kimia
yang seimbang untuk mewakili pengoksidaan etanol.
pengoksidaan

asid etanoik
7. Ramalkan pemerhatian anda
sekiranya peralatan dalam Rajah 1 dibiarkan selama lebih dari seminggu. Terangkan
jawapan anda.
Jika peralatan dalam Rajah 1 dibiarkan selama
lebih daripada seminggu, tiada buih-buih terbentuk pada campuran dalam kelalang
kon. Air kapur yang terdapat dalam tabung didih juga tidak keruh. Ini kerana udara
sudah masuk ke dalam campuran penapaian. Bakteria telah bertumbuh. Bakteria
dapat mengoksidakan etanol kepada asid etanoik (cuka).
8. Bolehkah etanol digunakan
sebagai bahan api kenderaan?. Terangkan jawapan anda.
Etanol boleh digunakan
sebagai bahan api kenderaan. Ini kerana etanol mudah terbakar dan menghasilkan api
yang bersih di dalam udara berbanding bahan api fosil. Oleh itu, etanol tidak menyebabkan pencemaran
udara. Walau bagaimanapun, penggunaan etanol sebagai bahan api kenderaan
dihadkan kerana kos penghasilannya tinggi.
AMALI
4
Tujuan Amali:
Untuk menyediakan sampel ester dan menyiasat ciri-ciri fizikal ester.
Radas: Bikar,
kelalang penyuling, corong paip, kelalang bulat, kelalang kon, silinder
penyukat, kondenser Liebig, penunu Bunsen, kaki retort dan pengepit, tungku
kaki tiga, penyumbat getah dengan lubang, blok kayu.
Bahan:
Etanol tulen, asid etanoik glasial, asid sulfurik pekat, 5% larutan natrium
bikarbonat, minyak, air, larutan kalsium klorida.
Gambarajah:
Langkah-langkah Berjaga-jaga:
Berhati-hati ketika menggunakan asid sulfurik pekat kerana ia menghakis.
Prosedur:
A. Untuk menyiasat ciri-ciri fizikal ester
1. 2 cm3 etil ethanoat dituang ke dalam tabung
uji. Bau ester dicatatkan.
2. 5 cm3 air suling ditambah ke dalam ester.
Campuran ini digoncang dengan baik. Tahap kelarutan ester dalam air dicatat.
3. Langkah 1 hingga 2 diulang dengan menggunakan aseton
dan spirit bermetil untuk menggantikan air suling. Pemerhatian dicatat.
B. Untuk menyediakan sampel ester
1. 50 cm3 etanol tulen dicampurkan dengan 50
cm3 asid etanoik glasial ke dalam 250 ml kelalang bulat.
2. 10 cm3 asid sulfurik pekat ditambah dengan
berhati-hati ke dalam kelalang sambil mengoncang kelalang. Beberapa cip
porselin ditambah ke dalam larutan.
3. Radas disusun seperti pada rajah 1.
4. Campuran dipanaskan secara refluks selama 1 jam.
5. Campuran dibiarkan sejuk sehingga suhu bilik.
6. Campuran sejuk dituang ke dalam corong pemisah dan 25
cm3 air sejuk ditambah. Corong pemisah digoncang.
7. Lapisan bawah (akuas) dipisahkan daripada lapisan atas
(organik). Lapisan akuas disingkirkan.
8. 25 cm3 5% larutan natrium bikarbonat
ditambah. Corong pemisah digoncang.Lapisan bawah disingkirkan.
9. Prosedur 8 diulang.
10. 25 cm3 air ditambah. Corong pemisah
digoncang.Lapisan akuas disingkirkan.
11. Larutan kalsium klorida tepu ditambah. Campuran
dikacau dengan berhati-hati dan larutan akuas disingkirkan.
12. Lapisan organik diperhatikan dan dibau.
Pemerhatian/ Keputusan:
A. Untuk menyiasat ciri-ciri fizikal ester
Pelarut
|
Pemerhatian
|
Inferens
|
Air
|
Dua
lapisan terbentuk, etil ethanoat berada di lapisan atas dan air di bahagian
bawah.
|
Etil
ethanoat tidak larut dalam air.
|
Aseton
|
Satu
larutan yang homegenus terhasil.
|
Etil
ethanoat larut dalam aseton.
|
Spirit
Bermetil
|
Satu
larutan yang homegenus terhasil.
|
Etil
ethanoat larut dalam spirit bermetil.
|
B. Untuk menyediakan sampel ester
Warna sampel ester
|
Tidak
berwarna
|
Bau sampel ester
|
Berbau
wangi
|
Sifat sampel ester
|
Terapung
di atas air
|
Perbincangan:
Ester boleh didapati secara
semulajadi (contoh; sumber buah-buahan) atau dihasilkan melalui tindak balas
pengesteran. Tindak balas pengesteran ialah tindakan di antara asid karboksilik
dan alkohol untuk menghasilkan sebatian ester. Contohnya tindak balas antara
asid etanoik dan etanol. Persamaan kimia untuk mewakili tindak balas tersebut
adalah:
H+


Ketika eksperimen ini, asid
sulfurik pekat digunakan sebagai pemangkin. Asid sulfurik pekat digunakan untuk
mempercepatkan tindak balas antara asid etanoik dan etanol. Ia juga dapat
menggalakkan pembentukan ester dengan menyerap air yang terbentuk dalam tindak
balas.
Selain melalui kaedah ekperimen ini, ester seperti etil
ethanoat dapat dihasilkan melalui pemanasan refluks. Pemanasan secara ini
memastikan etanol dan asid etanoik yang belum bertindak balas dikondensasikan
oleh kondenser Liebeg dan mengalir semula ke kelalang untuk bertindak balas
lagi. Ester yang terhasil akan dikumpulkan melalui penyulingan. Langkah ini
digunakan dalam penyediaan etil ethanoat kerana ia bahan mudah meruap dan tidak
larut dalam air.Etil ethanoat tidak larut dalam air tetapi larut dalam aseton
dan spirit bermetil.
Oleh kerana ester mempunyai bau yang manis. Maka ia
digunakan sebagai bahan perasa dalam bahan makanan. Contohnya, etil metanoat
digunakan sebagai ‘essence raspberry’. Ester juga digunakan sebagai pelarut
organik dan pengawet bahan makanan.
Kesimpulan :
Ester dapat dihasilkan
melalui tindak balas pengesteran.
Rujukan:
Kho, C.H. (2002)
Pendekatan Komprehensif Kimia Organik STPM, Sasbadi Sdn. Bhd.
Lok, W. L., Yap, S.P. (1995)
Fakta Bersepadu SPM Kimia Tingkatan 4,5, Pustaka
Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
Norazila Mustafa.
(1999) Tingkatan 4 & 5 Nota Komprehensif SPM Kimia, Preston Corporation Sdn. Bhd.
Pengesteran. Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/60862413/21368094-nota-kimia
Yamin Yasin. (2012)
Xpress A+ SPM 4.5 Chemistry Bilingual Dwibahasa, Sasbadi Sdn. Bhd.
Refleksi Pengalaman:
Ketika eksperimen dijalankan, pensyarah telah mendapati botol asid sulfurik pekat
tidak ditutup selepas digunakan. Ini berbahaya kerana asid hidroklorik pekat
bersifat menghakis. Oleh itu, selepas ini saya dan rakan-rakan lain perlu lebih
peka dan berhati-hati ketika mengendalikan asid sulfurik pekat.
Soalan:
1. Jelaskan maksud Tindakbalas Esterifikasi.
Tindakbalas esterifikasi adalah tindakbalas
yang melibatkan asid karboksilik dan alkohol dengan kehadiran asid mineral
sebagai mangkin untuk menghasilkan ester dan air.
2. Tulis persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan
tindakbalas antara asid etanoik dan etanol.
H+


3. Apa fungsi asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini?
Asid sulfurik pekat berfungsi sebagai
pemangkin. Ia mempercepatkan tindak balas antara asid etanoik dan etanol. Ia
juga dapat menggalakkan pembentukan ester dengan menyerap air yang terbentuk
dalam tindak balas.
4. Jelaskan langkah lain dalam penyediaan etil ethanoat.
Langkah lain dalam penyediaan etil ethanoat
adalah dengan cara pemanasan refluks. Pemanasan secara ini memastikan etanol
dan asid etanoik yang belum bertindak balas dikondensasikan oleh kondenser
Liebeg dan mengalir semula ke kelalang untuk bertindak balas lagi. Ester yang
terhasil akan dikumpulkan melalui penyulingan. Langkah ini digunakan dalam
penyediaan etil ethanoat kerana ia bahan mudah meruap dan tidak larut dalam
air.
5. Apakah fungsi 5% larutan natrium bikarbonat dalam
eksperimen ini?
Fungsi 5% larutan natrium bikarbonat dalam
eksperimen ini adalah untuk mengekstrak lebihan sisa asid dalam larutan etil
asetat menjadi garam sodium yang larut di dalam air yang berada di lapisan
bawah.
6. Jelaskan kegunaan kalsium klorida dalam eksperimen
ini.
Kalsium klorida dalam eksperimen ini digunakan agar ion
Ca2+ dapat menarik ion-ion karbonat yang ditambah sebelumnya sehingga membentuk
garam CaCl2 dan CaCO3 yang mudah dipisahkan kerana
membentuk endapan di dasar bikar agar hasil lebih jitu dan murni.
7. Bandingkan kelarutan etil etanoat dalam air, aseton dan
spirit bermetil. Jelaskan pemerhatian anda.
Pelarut
|
Pemerhatian
|
Inferens
|
Air
|
Dua
lapisan terbentuk, etil etanoat berada di lapisan atas dan air di bahagian
bawah.
|
Etil
etanoat tidak larut dalam air.
|
Aseton
|
Satu
larutan yang homegenus terhasil.
|
Etil
etanoat larut dalam aseton.
|
Spirit
Bermetil
|
Satu
larutan yang homegenus terhasil.
|
Etil etanoat
larut dalam spirit bermetil.
|
8. Namakan ester yang terhasil daripada tindak balas
esterifikasi antara asid butanoik dan etanol.
Etil Butanoat.
9. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili
tindak balas di atas.
H+


AMALI
6
Tujuan Amali:
Untuk menyediakan sabun melalui proses saponifikasi.
Radas: Kertas
turas, bikar, silinder penyukat, spatula, rod kaca, corong turas, kasa dawai,
tungku kaki tiga, penunu Bunsen, tabung uji.
Bahan:
Minyak kelapa sawit, larutan natrium hidroksida, serbuk natrium klorida, air
suling.
Gambarajah:
Prosedur:
1. 10 cm3 minyak
kelapa sawit dituang ke dalam bikar.
2. 50 cm3, 5 mol
dm-3 larutan natrium hidroksida ditambah ke dalam minyak kelapa sawit.
3. Campuran dipanaskan
sehingga mendidih.
4. Campuran dikacau dengan
menggunakan rod kaca.
5. Campuran dibiarkan
mendidih selama 10 minit.
6. Selepas pemanasan, 50 cm3
air suling dan tiga spatula natrium klorida ditambah ke dalam campuran.
7. Campuran dipanaskan
selama 5 minit.
8. Campuran dibiarkan
menyejuk.
9. Pepejal putih yang
terhasil ditapis dan dibasuh dengan sedikit air suling.
10. Pepejal putih ditekankan
di atas sekeping kertas turas untuk dikeringkan.
11. Pepejal putih disentuh
dengan menggunakan jari. Pemerhatian dibuat. Sedikit pepejal putih diletakkan
ke dalam tabung uji. Air paip ditambahkan ke dalam tabung uji. Campuran
tersebut digoncang.
12. Pemerhatian direkodkan.
Pemerhatian/ Keputusan:
Rasa sabun setelah disentuh
|
Licin
|
Pemerhatian apabila digoncang
|
Menghasilkan
buih apabila digoncang
|
Perbincangan:
Sabun boleh dibuat melalui proses saponifikasi. Proses
saponifikasi adalah reaksi hidrolisis lemak dengan menggunakan bes lemah.
Contohnya NaOH. Saponifikasi juga dikenali sebagai hidrolisis ester beralkali.
Semasa saponifikasi, larutan natrium hidroksida pekat
digunakan sebagai pemangkin apabila dicampur dengan minyak kelapa sawit.
hidrolisis


Setelah campuran dididihkan, natrium klorida dan air
suling akan dimasukkan ke dalam larutan untuk mengurangkan kelarutan sabun yang
terhasil dan membantu menghasilkan mendapan. Gumpalan akan terhasil dan
terapung di permukaan larutan yang dididihkan. Setelah larutan dituras, lebihan
yang tertinggal di kertas turas akan dikeringkan dan diuji dengan menyentuhnya.
Lebihan akan dicampur dengan air dan digoncang.
Dalam proses saponifikasi, minyak (ester) terurai untuk
menghasilkan garam potassium atau garam natrium bagi asid lemak dan gliserol.
Molekul sabun akan menghasilkan “micelles” di dalam air.
Kesimpulan :
Sabun boleh dihasilkan
melalui proses saponifikasi.
Rujukan:
Lok, W. L., Yap, S.P.
(1995) Fakta Bersepadu SPM Kimia Tingkatan 4,5, Pustaka
Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
Norazila Mustafa.
(1999) Tingkatan 4 & 5 Nota Komprehensif SPM Kimia, Preston Corporation Sdn. Bhd.
Apakah Sabun?. Dimuat turun daripada http://cikguzainida.blogspot.com/2011/08/penyediaan-sabun-proses saponifikasi.html
Yamin Yasin. (2012)
Xpress A+ SPM 4.5 Chemistry Bilingual Dwibahasa, Sasbadi Sdn. Bhd.
Soalan:
1. Terangkan ciri-ciri sabun
yang dihasilkan.
Sabun yang dihasilkan terasa
licin setelah kita menyentuhnya. Ia juga kelihatan berbuih apabila digoncang
dalam tabung uji berisi air.
2. Apakah fungsi natrium klorida
dalam eksperimen ini?
Natrium klorida berfungsi
untuk bertindak balas dengan larutan bagi menghasilkan mendapan. Ia juga
berfungsi untuk mengurangkan kelarutan sabun yang dihasilkan.
3. Tuliskan persamaan
perkataan yang mewakili proses saponifikasi dalam eksperimen ini.
hidrolisis


4. Ramalkan pemerhatian anda jika air paip diganti dengan
air suling dalam prosedur 11. Terangkan jawapan anda.
Buihyang dihasilkan adalah lebih banyak
kerana air suling adalah air tulen yang tidak mempunyai ion-ion stearate yang
akan menyebabkan penghasilan kekat. Oleh itu, air suling akan menghasilkan buih
yang lebih dan menghasilkan skum yang kurang.
5. Bolehkah sabun dihasilkan melalui tindak balas
hidrolisis lemak atau minyak dalam keadaan berasid?. Terangkan jawapan anda.
Sabun tidak boleh dihasilkan dalam keadaan
berasid kerana semasa proses hidrolisis, satu molekul ester minyak atau lemak
akan menghasilkan molekul-molekul asid yang seterusnya bertindak balas dengan
alkali untuk menghasilkan sabun. Bahan alkali digunakan sebagai mangkin dalam
proses ini.
6. Namakan 2 teknik untuk menghasilkan sabun.
Teknik sejuk dan teknik panas.
7. Apakah kelemahan sabun komersial?
Kelemahan sabun komersial ialah mempunyai
campuran NaOH yang banyak. Ini menyebabkan fabrik tidak tahan lama. Sabun
komersial juga boleh menyebabkan kulit kering kerana tidak mempunyai gliserin.
8. Apakah sumber yang digunakan dalam industri untuk
menghasilkan detergen?
Sumber yang digunakan dalam industri untuk
menghasilkan detergen ialah air liat, air suling dan air paip.
2 comments:
Shelling out a great dea of only for that domain name Breville this indicates very good ful toxins of moolah.
The better the drink station mechanisms, the much very much
more backup but getting location are typically transport to the area.
Terrain Blender or food processor One using the needed waste devices for an bakery may very well be floorings mixer.
Also visit my web-site: nostalgia hotdog Toaster
ok....i will...later
Catat Ulasan
UTK LEBIH MENGENALI ANDA...TINGGALKAN COMMENT ATAU LINK ANDA.T. KASIH