Rabu, 12 Jun 2013

REVIEW FIRST DAY DI HOTEL DE' LA FERNS, CAMERON HIGHLANDS (SAMBUNGAN)

INI DUNIAKU.....

Mencuri masa yang ada  untuk  'update' blog   kesayangan ini.  Sungguh payah rupanya nak kejar impian satu hari, satu entri kan?. Agak  sibuk dengan tugasan harian dan urusan di sekolah. Saya ingin bercerita lagi tentang hari pertama kami di Hotel De' la Ferns, Cameron Highlands. Sungguh teruja dengan layanan dan servis yang diterima. Sebenarnya ini kali pertama kami mencuba bersama-sama set stimbot di hotel. Saya pernah mencuba pakej seperti ini ketika berkursus di Pulau Pangkor, TETAPI tanpa kehadiran En. Suami. 

Sememangnya, set stimbot di Hotel De' La Ferns memuaskan hati dan berbaloi. Kami menerima 4 pinggan lauk dan sayuran sebagai pelengkap stimbot...Kami kekenyangan sehingga saya tidak nyenyak tidur....SAKIT HIDUNG....resdung...hi hi.....

OK lah JOM  lihat gambar yang sempat diambil ketika kami berkunjung ke Hotel De' La Ferns >>>

Antara lauk dan sayur untuk pakej stimbot...BERBALOI-BALOI

Dekorasi pendiang di lobi hotel

Gubahan bunga ros menyedapkan mata tetamu  hotel

Lampu chandelier menarik di lobi hotel

Sempat lagi saya berposing sambil bersandar di 'arm chair' stail Inggeris...I LIKE....

Jambangan bunga menggamit tetamu di kaunter lobi hotel


Ahad, 9 Jun 2013

REVIEW FIRST DAY DI HOTEL DE' LA FERNS, CAMERON HIGHLANDS

INI DUNIAKU.....

Pejam celik, pejam celik sudah nak berakhir sesi percutian kami....Esok kena pergi sekolah...Huwaaaa......Rasa tak puas pula pergi jalan-jalan bercuti....Hi hi....Kali ini kami meneruskan percutian lazim kami.....Jom jalan-jalan ke Cameron Highlands...Saya pun tak tahu kenapa kami suka benar pergi ke Cameron....Mungkin sebab suasananya damai....Cuaca sejuk berbanding Gombak yang sering panas...Entahlah...selera masing-masing kan....Kali ini kami menginap di Hotel De' La Ferns..Nak tahu lebih banyak tentang hotel ini???? KLIK HOTEL DE LA FERNS, CAMERON HIGHLANDS

Sebelum ini, kami pernah tinggal di Hotel Rosa Passadena, Brinchang & Hotel Century Pines....Hotel De' La Ferns ini berada di bawah satu syarikat dengan Hotel Rosa Passadena, Brinchang...Sebelum ini memang kami berpuas hati dengan Hotel Rosa Passadena, Brinchang...Sebab itu lah kami memilih untuk menginap di Hotel De' La Fern...Kami jangka pasti hotel ini juga setanding dengan Hotel Rosa Passadena, Brinchang...Harapan kami, kami tidak mendapat nasib yang serupa ketika menginap di Hotel Century Pines, Tanah Rata...Apa yang terjadi kepada kami di Hotel Century Pines???..Boleh klik entri REVIEW FIRST DAY DI HOTEL CENTURY PINES

Setahu saya, Hotel De' La Ferns ini merupakan resort butik yang mewah di Cameron Highlands...Tak tahu lah apa yang mewah...mungkin dari segi hiasannya, kemudahannya dan dekorasi bilik hotelnya...segalanya mungkin...Bagi saya, saya sangat berpuas hati dengan hotel ini dan berhajat untuk mencuba Hotel Casa De La Rosa yang juga berada di bawah syarikat yang sama dengan Hotel Rosa Passadena, Brinchang &  Hotel De' La Ferns.... Boleh KLIK HOTEL CASA DE LA ROSA, CAMERON HIGHLANDS untuk maklumat lanjut berkenaan kadar & tempahan bilik hotel..

JOM saya ceritakan pengalaman kami dari mula 'check in' sehingga kami 'check out'.....Waktu untuk 'check in' bermula dari pukul 3 petang...Kami sampai ke hotel pada pukul 4 petang...Malangnya, perasaan teruja kami terbantut kerana bilik kami masih belum sedia...mungkin belum siap dibersihkan...Petugas di kaunter meminta kami pergi jalan-jalan dahulu & berjanji bilik akan tersedia dalam masa setengah jam...Kecewa memang kecewa tapi nak buat macam mana kan???? Nampak gayanya kami terpaksa mengubah rancangan...Kami rancang untuk ke Bharat Tea selepas 'check out' esok tetapi terpaksa pergi hari ini untuk mengisi masa setengah jam yang dijanjikan... En. Suami kata 'tak apa lah...Bharat Tea pun dah dekat'..Kata saya: Ye lah...Memang dekat...hotel ini terletak di antara Brinchang & Tanah Rata...Tetapi saya rasa lebih dekat dengan Tanah Rata....

Kami memilih Chocolate Tea Cold & Chocolate Cake sebagai hidangan minum petang...Sedang asyik minum petang sambil menghayati pemandangan ladang  teh di Bharat Tea...Telefon En. Suami berbunyi...Oh rupa-rupanya, pihak hotel menelefon untuk mengesahkan yang kami sudah boleh 'check in'...Horee.....Tepat 30 minit...pihak hotel telefon...memang efektif ya...kata saya...Bagus!!!

Sampai di hotel, En. Suami menjelaskan bayaran hotel serta depositnya...Baucer untuk stimbot dan sarapan juga diberi....Tak sabar nak makan stimbot malam ini...Biasanya kami berdua makan stimbot di restoran,,tak pernah pula En. Suami cuba stimbot di hotel...Teruja betul katanya....Kami dengan tak sabar ingin meninjau keadaan bilik pula...lihat di website,,,bilik sangat cantik & selesa...Lupa pula nak beritahu...Kami memilih bilik deluxe twin room,,,special package with steamboat & balcony...Masuk sahaja ke bilik, kami sangat suka...Ada 2 katil super single, meja solek yang besar, ruang bilik yang luas, pemandangan di balkoni yang sangat cantik, 'bath tub' di bilik mandi,,,'heater yang cepat panas'...Semuanya sangat memuaskan hati saya...berbaloi mengeluarkan duit yang agak banyak :)...JOM lihat gambar yang sempat diambil dalam bilik hotel kami >>>>

Katil  twin super single di bilik deluxe kami

Tab mandi disediakan di bilik mandi kami

Luas bilik mandi di hotel ini

Ruang selesa untuk meletak kasut

Kemudahan seterika pun disediakan

Laluan masuk ke bilik 

Meja solek yang besar serta kemudahan tv satelit

Pemandangan indah dari balkoni bilik

Setakat ini dahulu saya berceloteh dalam entri kali ini...Lain kali, saya 'update' entri tentang pakej stimbot di hotel ini & percutian kami ke Felda Residence Hot Springs, Sungkai...Perut dah berkeroncong minta diisi....Sampai jumpa lagi :)


Rabu, 5 Jun 2013

REVIEW MAN BURGER KUKUS LAVA & BAKAR

INI DUNIAKU.....

Kunjungan kami ke Man Burger Kukus Lava & Bakar pada bulan Mac 2013 memberikan impak teruja kepada kami. Selepas burger ini masuk dalam rancangan Majalah 3, kami memang berhajat sangat ingin mencuba....AKHIRNYA impian tercapai....MULA-MULA  rancang nak pergi berdua...TUP TUP kawan yang kami hubungi untuk tahu lokasi nak ikut....jadi kami pergi lah berenam....termasuk kawan, isterinya & anak-anak...

SANGAT SENANG rupanya jalan nak ke Man Burger Kukus Lava & Bakar.....dari Gombak kami menyusuri jalan MRR2 sehingga ke Damansara Damai....Setelah belok ke kiri untuk ke Damansara Damai...jalan terus sehingga jumpa lampu isyarat.....sebuah sekolah berada di kanan anda....jalan terus sehingga nampak Mc Donalds di sebelah kanan...buat pusingan u bila boleh.....gerai Man Burger Kukus Lava & Bakar terletak di dalam bangunan medan selera, bersebelahan Mc Donalds....

Saya beri 4 daripada 5 bintang untuk Man Burger Kukus Lava & Bakar....sedap.....dekorasi burger juga menarik minat pembeli....Menariknya, Man Burger Kukus Lava & Bakar akan memberi 2 biji burger PERCUMA pada hari jadi anda...CUMA BAWA KAD PENGENALAN UNTUK PENGESAHAN...Boleh singgah di blog Man Burger Kukus Lava & Bakar....KLIK MAN BURGER KUKUS LAVA & BAKAR....JOM lihat apa yang kami makan di Man Burger Kukus Lava & Bakar

Cantik kan dekorasi burger ini? tak ingat apa namanya...tak silap Mr. crab.....

Burger pilhan en. suami...lagi lah tak ingat apa namanya...hi hi

REVIEW OF BURGER KAW KAW, AMPANG

INI DUNIAKU.....


Di mana ada tempat makan baharu PASTI saya dan en. suami akan cuba mencari lokasinya. Kami ada hobi yang sama..... suka makan. hi hi hi....berpusing-pusing kami mencari tempat makan burger kaw kaw ini. Puas lah kami bertanya pada kawan-kawan, orang di tepi jalan di Ampang dan pekerja di stesen minyak...RUPA-RUPANYA.....senang sahaja....jika anda melalui lebuhraya MRRR 2 sehingga ke jalan nak ke Ampang Point...terus sahaja....jangan belok ke Ampang Point. Terus sahaja hingga nampak rumah flat di kiri jalan....belok ke kiri dan terus....burger kaw kaw terletak di kiri.....di seberang masjid di taman dagang, Ampang. YANG PASTI lokasi ketika mula-mula anda belok ke kiri itu terletak sebelum anda nampak TESCO AMPANG....KLIK Lokasi Burger Kaw Kaw
Kami sukakan tempat makan di sini kerana terdapat pelbagai variasi makanan. Nasi arab, nasi kandar dan macam-macam lagi ada dengan ditemani pemandangan kolam renang...parking pun percuma....Jika rating sehingga 5 bintang, saya memilih 3 bintang kerana kami lebih menggemari rasa burger bakar rawang di wangsa maju....TETAPI terpulanglah pada anda...selera masing-masing berbeza walaupun rambut sama hitam...kih...kih...nama burger yang kami makan pun saya sudah tidak ingat...yelah....makan pada bulan 3 tapi update di bulan 6...hi hi....nak buat macam mana....sibuk memanjang....ok.....kalau rasa nak makan burger.....MAKANLAH DI BURGER KAW KAW, AMPANG


Ahad, 2 Jun 2013

REVIEW OF FLORA TERRACE, HAMPSHIRE PLACE

INI DUNIAKU.....

Mei lalu kami terima jemputan ke majlis hari jadi...Majlis ini diadakan di Flora Terraca, Hampshire Place....Suasana di restoran ini sangatlah happening dan cantik...Makanan yang disediakan ketika itu bercirikan buffet. Restoran ini juga menyediakan hidangan ala carte....pelbagai menu disediakan....anda boleh memilih hidangan barat, Cina atau masakan Melayu....waktu saya dan en. suami ke situ, kami menggemari hidangan lamb chop yang disediakan.....sangat lembut dan sedap....kalau tidak diberitahu en. suami, saya sangkakan ianya daging lembu....TERBAIK !!!!

Hiasan di restoran ini sangat cantik & boleh bergantung kepada tema majlis yang diadakan...semasa ke situ, saya difahamkan bayaran untuk hidangan buffet yang biasa adalah rm 28 +++ sangat berbaloi untuk candle light dinner & function untuk family....

Ini details untuk FLORA TERRACE

Alamat: Hampshire Place, A-LG-1, 
Lower Ground Floor,
No:1, Jalan Mayang Sari,50400 Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03-21810872

Waktu Operasi: 
Isnin- Jumaat: 11.00 pg - 11.00 mlm
Sabtu: 11.00 pg - 1.00 pg

Ditutup pada hari Ahad

Restoran ini terletak berhampiran bangunan space-utm dan tokio marine-life insurance...

JOM.....LIHAT GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL ketika majlis berlangsung


Susunan meja kerusi acrylic yang menawan

Susunan pinggan hidangan di atas meja

Dekorasi lampu yang memikat di Flora Terrace

Dinding unik di Flora Terrace

Persembahan qasidah daripada pelajar maahad tahfiz di Keramat Permai

Salah satu dekorasi meja yang menarik

En. suami berposing dengan goodies yang diberi oleh penganjur majlis



REVIEW OF ME'NATE STEAK HOUSE, AMPANG

INI DUNIAKU.....

Hai semua, hari ini saya nak berkongsi dengan semua tentang steak house kegemaran saya & en. suami..
rasanya tak terkira berapa kali kami ke sini...waktu dapat gaji adalah waktu kebiasaan kami ke sini...memang berbaloi makan di sini walaupun kami makan berkongsi....'portion' daging stiknya besar..kalau beli dua memang tak larat nak dihabiskan.

Sebab kenapa anda PERLU makan di Me'nate Steak House >>>>>


  • Dagingnya sangat sedap...ada pelbagai variasi daripada wa'gyu beef, grass fed, grain fed dan salt beef
  • Mushroom soup & garlic bread nya memang pada saya da boom.....delicious...I LIKE IT
  • Ada pelbagai lagi pilihan makanan seperti spaghetti, mashed potato, sausage, fries dan lain-lain
  • Minuman PERCUMA....anda boleh pilih air sejuk atau air panas....ada air sjora, orange, blackcurrant, ice tea, espresso,  mocha, latte & cappucino.
  • Keju buatan ladang mereka sendiri yang sangat sedap....lebih sedap daripada yang ada di pasaraya
  • Terletak di 'landmark' yang popular di Ampang....NAN CORNER..
  • Suasana kedai yang damai...pada firasat saya :)
LOKASI ME'NATE STEAK HOUSE >>>> di Jalan kerja Air Lama, Ampang.....berhadapan NAN CORNER....sebaris dengan INTERNATIONAL SCHOOL.... bersebelahan 7 Eleven & Tutti Frutti.....PROMOSI ISTIMEWA DI TUTTI FRUTTI

JOM lihat gambar yang sempat diambil semasa kunjungan kami sebelum ini >>>>>

Pelbagai menu istimewa di Me'nate Steak House

Mushroom soup & garlic bread kegemaran kami

Daging grain fed yang telah dipotong kecil sebagaimana permintaan kami

Daging stik yang dimasak 'medium well' NYUM NYUM

Sabtu, 1 Jun 2013

PROMOSI TUTTI FRUTTI......I LOVE IT ^___^

INI DUNIAKU.....


PROMOSI TUTTI FRUTTI KEMBALI...


Dahulu >>>>> rm 5.30 
Kini >>>>> rm 4.77
untuk 100 GRAM

JOM FRENZ.....mari kita serbu tutti frutti sekarang...SEBELUM TERLEWAT....my hubby loves this ice cream...i love it too...nak dapatkan di mana??????? KLIK cawangan tutti frutti ada perisa baharu tau...SEDAP....perisa durian & horlick....apa tunggu lagi....JOM SERANG



Ahad, 5 Mei 2013

MARI MENGUNDI >>>>>>>

INI DUNIAKU.....


Saya sangat suka dengan simbol google untuk hari ini...Terasa aura mengundi bila melihat simbol google ini. sangat cantik dan unik. I LIKE......

Tanggungjawab  5 tahun sekali harus ditunaikan. Oleh itu, sesiapa yang masih belum mengundi keluarlah mengundi sekarang. Tinggal beberapa jam sahaja lagi berbaki. Untuk itu, saya kongsikan dengan anda ramalan cuaca yang diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia..

NEGERI
PAGI
PETANG
MALAM
SELANGOR
MENDUNG
RIBUT PETIR DI 

BEBERAPA TEMPAT
TIADA HUJAN
KUALA LUMPUR
TIADA HUJAN
RIBUT PETIR
TIADA HUJAN

Untuk maklumat lanjut bagi negeri-negeri lain, boleh klik di sini RAMALAN CUACA MALAYSIA 5 MEI 2013

Ahad, 28 April 2013

SABA RESTAURANT, DATARAN JELATEK REVIEW

INI DUNIAKU.....

Walaupun dalam keadaan selsema en. suami mengajak saya makan di Saba Restaurant...Restoran kegemaran kami terutamanya bila hari gaji tiba.. hi hi hi..

Restoran ini terletak di seberang LRT Setiawangsa. sangat mudah untuk dikesan lokasinya... jika nampak Dataran Jelatek maka anda sampai ke tempat yang sepatutnya..cuma perlu buat pusingan u jika anda dari arah Wangsa Maju...

Restoran ini menghidangkan makanan Timur Tengah..Makanan kegemaran kami di sini adalah Mandi Lamb, Mandi Chicken, Chicken Akdah yang dihidangkan bersama-sama roti dan puding karamel...kami juga suka puding beras (rice pudding) tapi tidak dihidangkan semalam...agaknya sudah tiada lagi dalam menu.

Jika tidak silap, restoran ini dibuka dari pukul 5 petang hingga 11 malam...anda boleh buat tempahan meja di 03-42512592..Sebelum ini, servis di restoran ini agak perlahan namun, sejak menggunakan 'call button' servis restoran ini sangat cepat. Pekerja pun sudah semakin ramai. Namun begitu, biasanya makanan akan sampai dahulu sebelum air.

Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat saya 'snap' semalam di Saba Restaurant..

Papan tanda Saba Restaurant (dalam restoran)

Pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat atas restoran

Cili dan kuah yang boleh diambil sendiri (self service)

Puding karamel yang digemari en. suami

Mandi Lamb yang juga digemari en. suami

Tekun en. suami makan Mandi Lamb

Chicken Akdah yang digemari saya

CERITA PESTA BUKU ANTARABANGSA 2013

INI DUNIAKU.....

Ketika sedang bertarung dengan penyakit selsema saya gagahkan juga menulis dalam blog kesayangan ini. he he...maklumlah bila dah lambat-lambat penyakit malas akan datang...dan akhirnya entri ini takkan saya update sampai bila-bila....:-)

Baiklah...walaupun masing-masing tidak sihat hari ini, namun saya dan en. suami mengagahkan diri pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Pesta buku ini berlangsung dari 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013...Walaupun masa masih panjang sebelum pesta ini berakhir, namun kami pergi hari ini juga. Selepas ini saya akan sibuk menatap buku pula...he he...musim peperiksaan PPG akan tiba...

Sebenarnya, kami tidak pernah melepaskan peluang untuk ke pesta buku ini setiap tahun...bukan pesta buku sahaja...apa sahaja 'fair' di PWTC biasanya kami akan menghadirkan diri...hi hi...

Pada tahun ini, en. suami agak kecewa kerana dia merasakan tidak banyak 'booth' yang dibuka seperti tahun-tahun lepas...saya pun fikir begitu...Namun kekecewaan kami terubat sedikit dengan kehadiran Chef Iskandar di 'booth' In-Team Publishing...saya kata pada en. suami, orangnya lebih hensem di luar berbanding di TV....en. suami saya tersenyum sahaja. cemburu ke? hi hi hi...

Perkara yang paling menggembirakan saya apabila menonton secara langsung wawancara sofa putih ITBM.. hosnya Syed Munawwar...orangnya memang berpengetahuan luas dan menyampaikan bicara dengan bahasa yang teratur..memang rezeki saya dapat melihat rancangan itu di depan mata...agak-agaknya sudah ditayang di RTM...barangkali...

Baiklah....saya rasa saya sudah banyak menggunakan ayat-ayat skematik..hi hi..JOM lihat gambar-gambar yang sempat saya abadikan di pesta buku itu....

Wawancara Sofa Putih ITBM 28 April 2013

Syed Munawwar bersama-sama ahli panel (penyair tanahair)

Koleksi komik lama di 'booth' ITBM

Koleksi komik lama di 'booth' ITBM

Buku yang paling saya gemari (memang berbaloi membelinya)

Buku-buku yang saya beli di pesta buku itu 
(percaya atau tidak semuanya bernilai tidak lebih 
daripada RM150.00- memang berbaloi-baloi :)


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More