INI DUNIAKU.....
Setelah kami bermalam di Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands, kami meneruskan percutian ke Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak....Dari Cameron Highlands, kami menggunakan laluan Tapah untuk ke Sungkai....Anda boleh rujuk Google maps untuk mendapatkan arah bagi ke Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak....
Sebenarnya, tidak terlintas pun untuk bermalam di Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak...Kami ke sana untuk 'survey' tempat percutian keluarga hujung tahun ini...Saya sengaja bertanya di kaunter dan kami bernasib baik kerana ada bilik kosong...Menurut adik di kaunter hotel itu, nasib kami baik kerana selalunya bilik di hotel itu FULL HOUSE....Oleh itu, jika anda berhajat hendak ke sini, SILA BUAT TEMPAHAN AWAL...Boleh KLIK Felda Residence Hot Springs, Sungkai untuk tempahan bilik...
Bayaran untuk penginapan kami >>> RM 220.00....Pakej termasuk sewa bilik, sarapan & 'wristband' ke kolam air panas. Harga berbeza-beza mengikut musim...samada hari biasa, hari minggu dan hari puncak (cuti sekolah)....Susunan bilik teratur dengan keluasan yang memuaskan hati kami....Disediakan juga peti ais, almari, kemudahan menggosok, almari yang agak besar, set untuk minum kopi, almari solek, tv dengan siaran Astro, tab mandi, kerusi untuk berehat....CUMA tiada kemudahan akses internet di bilik seperti Hotel De' La Ferns...
Keseluruhannya, kami suami isteri berpuas hati dengan suasana mendamaikan, layanan dan kemudahan yang disediakan...CUMA tidak berpuas hati apabila kemudahan telefon di bilik tidak berfungsi dan tiada pekerja yang datang membaikinya sehingga kami 'checkout'... .Malangnya, setiap kali ingin bertanyakan servis, kami menggunakan telefon kami sendiri untuk menghubungi operator hotel.
Namun begitu, makanan yang disediakan untuk sarapan sedap dan pelbagai....Jika tidak mahu makan malam di Meranti Coffee House, anda boleh ke warung yang terletak di luar kawasan hotel atau memandu terus ke warung D' Lereng Bukit...Makanan di situ sangat sedap dan TERBAIK...
JOM lihat gambar yang sempat diambil ketika berada di sana >>>>
Bilik hotel kami..Deluxe room dengan 1 king bed
Boleh rehat-rehat di sini sambil menikmati pemandangan mendamaikan
Luaskan bilik kami????.kemudahan tv dan meja solek yang praktikal
Almari pakaian di bilik kami
Besar betul cermin...Bolehlah bergaya ^___^
Set minum kopi yang disediakan
Bilik mandi dilengkapi tab mandi
Kemudahan bilik air yang selesa
Sinki dilengkapi set mandian dan losyen
Nampak keluasan bilik walaupun dari dalam bilik air
Tadi kita lihat gambar-gambar di bilik hotel Felda Residence Hot Springs, Sungkai....Ok sekarang kita lihat pula gambar-gambar di sekitar hotel dan kolam air panas >>>>>
Hidangan sarapan saya....sedap.... |
Suasana di Meranti Coffee House yang mendamaikan....banyak ikan tu...
Pemandangan luar bilik hotel kami menginap
Air panas bersuhu 100 darjah celcius
Huh bahaya.....Suhu 100 darjah celcius tu....
Aliran air di bawah laluan pejalan kaki
Villa yang menggoda kami untuk menginap hujung tahun ini...Insyaallah
Gelongsor air yang pasti disukai kanak-kanak
Laluan untuk ke gelongsor....MESTI lalu di sini untuk ke gelongsor
Kolam merebus telur...Telur boleh dibeli dengan harga serendah RM 5.00
Nampaknya, Cik Laili telah berjaya menggoda kami untuk cuba menginap di Felda Residence Hot Springs, Sungkai....Tempat ini memang TERBAIK untuk lari dari kesibukan kota dan mencari ketenangan jiwa. TQVM Cik Laili atas entri Percutian di Felda Residence Hot Springs yang mengujakan kami
8 comments:
org tua ble men gelongsor x hi3
ALIFALFI: men gelongsor? hi hi...bleh jer...kami pon main..ha ha
Sesekali bercuti di sini memang seronok
ain samadi: memang seronok sis ain....release tension dari kesibukan kota & kerja... I LIKE.....
Felda Hot Springs memang tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga tersayang. Tempatnya cantik & boleh hilangkan stress.
* cantik gambar2 yang dikongsi dalam entri ni :)
tqvm cik laili.....tempat ni memang cantik & boleh hilangkan stress....nak bw family pegi pula cuti ujung tahun ni
baru nak pergi sini...
misscblo-tips-kurus; cmne seronok tak ke hot spring?
Catat Ulasan
UTK LEBIH MENGENALI ANDA...TINGGALKAN COMMENT ATAU LINK ANDA.T. KASIH