INI DUNIAKU.....
Maaf saya lambat update keputusan eksperimen murid-murid saya...maklumlah sibuk dengan rutin sekolah dan rutin harian melayan suami yang tak kebah-kebah demam...ada tips untuk dikongsi bagaimana nak pulihkan demam yang berterusan? kalau ada, kongsilah dengan saya...
Setelah seminggu, murid-murid saya telah memperoleh keputusan eksperimen mereka...macam-macam riak muka yang ada...ada yang rasa kecewa...ada yang rasa gembira...murid kecewa sebab eksperimen mereka tidak menjadi....rasa macam nak tergelak pun ada...tapi saya tahan sahaja..ye lah tumbuhan mereka tidak disiram air, mana boleh tumbuh subur...nampaknya mereka dah dapat pengajaran daripada perkara ini. apabila murid mengekperimen, barulah mereka ingat akan konsep yang ingin ditekankan...
Tak mahu berceloteh panjang sebab saya ingin bersiap-siap ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC...insyaallah saya akan update gambar-gambar sepanjang berada di pesta buku itu...untuk itu, JOM kita lihat gambar-gambar hasil eksperimen murid saya...
Ahad, 28 April 2013
MENGEKPERIMEN...JADI KE? PART 2
9:36:00 PG
Unknown
Antara hasil eksperimen murid-murid saya
Terbukti hipotesis yang murid telah buat...tumbuhan
bergerakbalas terhadap rangsangan cahaya matahari
Satu-satunya kumpulan yang kreatif membuat eksperimen seperti ini
berbanding murid daripada empat kelas yang diajar oleh saya
Pucuk tumbuhan menghala ke lubang yang berada
di atas kotak untuk mendapatkan cahaya matahari
Murid melukis pemerhatian terhadap keputusan eksperimen mereka
0 comments:
Catat Ulasan
UTK LEBIH MENGENALI ANDA...TINGGALKAN COMMENT ATAU LINK ANDA.T. KASIH