Sabtu, 24 November 2012

review second day di century pines resort

INI DUNIAKU.....


Hari kedua kami di century pines…
Nampaknya mood dah tak ada..maklumlah first day dah x seronok…kami pun breakfast (pakej include breakfast)…wah sedap makanan yg ada..aku pun rasa gembira sgt… mlm tadi katil pun dh dirapatkan oleh room service…iron pun dh dpt…he he….hari ketiga pun breakfast sedap..ok naik sket bintang..hi hi…menu bertukar setiap hari…..
Beralih pula masa pegi ke ladang boh,,, seriau betul aku..kereta2 di hadapan kami tidak membunyikan hon setiap kali melalui selekoh tajam…aduh…takkan tak tahu kene bunyikan hon bile lalu di selekoh tajam..dah lah jalan berbahaya…harap2 pemandu di Malaysia mula sedar dengan perkara ini…SEKIAN…

review first day di century pines resorts

INI DUNIAKU.....


Kali ni saya bercuti di Cameron highlands utk ke sekian kalinya…memang tempat ini menjadi kegemaran saya & en. Suami..tetapi kali ini percutian kami terasa hambar…kesemuanya gara-gara keadaan hotel yang tidak seperti kami gambarkan…utk pengetahuan semua kami menginap di century pines hotel & resorts…yg dikatakan bertaraf 4 bintang..tetapi apa yg kami alami seperti duduk di hotel bertaraf 2 bintang…kebiasaannya kami menginap di hotel rosa passadena brinchang namun, disebabkan oleh keinginan utk mencuba yg baru, kami pun menetap di hotel century pines, tanah rata ini…

Tentu semua tertanya-tanya apa yang  kurangnya dengan hotel ini…ok mari saya ceritakan…(sedih betul rasa hati)…ketika mula2 kami check in di hotel ini, saya sudah mula mahu naik darah…bayangkanlah…berminit2 perlu menunggu utk check in sahaja.  Sistem daftar masuk hotel ini amat lah lemah berbanding hotel  holiday inn di Melaka yg sangat memuaskan hati kami…hari ini rasa menyesal pula sebab tidak mengambil gambar bilik hotel holiday inn..hu hu..
Sebenarnya, kami menempah hotel ini dengan menggunakan web booking.com…gambar2 hotel dipaparkan sangat menarik sehingga kami berasa teruja hendak duduk di sini…gambar2 yg sama juga dipaparkan di monitor pada meja daftar masuk hotel…herm…semuanya indah khabar dari rupa. Masuk2 ke hotel sudahlah dilayan lambat, nak masuk ke bilik pun, kad lambat detect.. buka2 pintu bilik sudah terbau habuk…dalam fikiran saya, ini kah hotel bertaraf 4 bintang? Dalam hati meronta-ronta hendak ke holiday inn, Melaka…nasib kita la…kata en. Suami..
Bila lihat katil lagi lah…saya geram…saya request katil queen tapi diberi katil double single..kalau anda semua jadi saya, marah tak…pikir2 lah…bila baring atas katil rasa gatal2 pula..ini sah ada pijat ni…dalam web pula tulis ada kemudahan iron tapi tak ada…saya terpaksa call pula hotel service & sampai sekarang tiada ‘iron’ diterima di bilik ini…tup2 bila tengok bilik air… lagi lah saya sakit hati….di web kata bath tub padahal long bath yg ada…en. Suami kecewa sebab tak dapat berendam dalam air suam2 panas…kesian dia…sudahlah banyak duit habis utk hotel yg indah khabar dari rupa ni…
Walaupun saya dah ceritakan yg buruk2 tentang hotel ini, masih ada kebaikannya, antaranya view sgt cantik menghadap bukit & pokok pain…rasanya itu sahaja yg best pada hotel ini setakat ini. Ok kita nantikan pula review saya seterusnya tentang Century Pines Hotel & Resort, Tanah Rata, Cameron Highlands..

P/S: ini sekadar luahan hati saya…mungkin pendapat saya tidak sama seperti anda…PERINGATAN: ini adalah pre post…HARAP MAAF…tiada line broadband yes di Cameron Highlands…

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More